March 2nd, 2018

Meskipun pada awalnya Neelofa tidak mahu mempedulikan kecaman serta kata-kata netizen berkaitan isu pelancaran tudungnya di kelab malam, selebriti itu akhirnya mengakui kesilapannya dan tampil memohon maaf.

Tindakan Neelofa di sambut baik oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang memuji sikap rendah diri Neelofa.

Alhamdulillah, saya melihat kenyataan akhbar ini suatu tindakan terpuji yang dibuat oleh NH apabila membuat permohonan maaf terhadap kesilapan telah mereka lakukan. Setiap anak Adam tidak terlepas daripada kesalahan, namun sebaik-baik pesalah adalah mereka yang bertaubat.

Dalam melayari dunia perniagaan maka aspek keberkatan perlu diutamakn selain daripada keuntungan semata-mata. Justeru, pelancaran tudung baru-baru ini hendaklah tidak disertai elemen yang secara kuat boleh mengundang fitnah. Namun sewajarnya ia disulami dengan elemen tarbiyyah kepada masyarakat agar bertudung mengikut syariat bukan hanya fesyen semata-mata.

Bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi di masa hadapan, Dr Zulkifli mencadangkan setiap syarikat yang menghasilkan tudung melantik seorang Penasihat Syariah untuk memastikan setiap keluaran tudung mematuhi syarak dan bukanlah kerana trend ataupun fesyen semata-mata agar tidak memberikan imej negatif terhadap agama Islam.

Sumber Berita : Harian Metro


86 responses to “Mufti WP Puji Dan Sambut Baik Permohonan Maaf Neelofa”

  1. Anonymous says:

    Garbage!

  2. Sajasukesuke says:

    JIHAN MANA JIHAN MUSE…X MAW KOMEN KE…HAJAH MC NIE KORANG NK SIMPAN DLM INDUSTRI LG….APSAL SENYAP…DLM PANTANG X BRANI NK KOMEN KE …TAKUT BENTAN KA…

    • It says:

      Kesian bebenor….semua kena tempias dari Michael Ang ke Zul ..ke Nabil ke Jihan …lawak lawak …

  3. Anonymous says:

    PRESS CONFERENCE MEMOHON MAAF MANA? SETAKAT TULIS DALAM INSTAGRAM AJA APA KES? THIS IS A SERIUS MATTER.

  4. El says:

    Jual tudung, adek beradek sendiri pon tak bertudung, hipokrit

Loading...