Mufti WP Puji Dan Sambut Baik Permohonan Maaf Neelofa

Hiburan

Mufti WP Puji Dan Sambut Baik Permohonan Maaf Neelofa

Meskipun pada awalnya Neelofa tidak mahu mempedulikan kecaman serta kata-kata netizen berkaitan isu pelancaran tudungnya di kelab malam, selebriti itu akhirnya mengakui kesilapannya dan tampil memohon maaf.

Advertisement

Tindakan Neelofa di sambut baik oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang memuji sikap rendah diri Neelofa.

Alhamdulillah, saya melihat kenyataan akhbar ini suatu tindakan terpuji yang dibuat oleh NH apabila membuat permohonan maaf terhadap kesilapan telah mereka lakukan. Setiap anak Adam tidak terlepas daripada kesalahan, namun sebaik-baik pesalah adalah mereka yang bertaubat.

Dalam melayari dunia perniagaan maka aspek keberkatan perlu diutamakn selain daripada keuntungan semata-mata. Justeru, pelancaran tudung baru-baru ini hendaklah tidak disertai elemen yang secara kuat boleh mengundang fitnah. Namun sewajarnya ia disulami dengan elemen tarbiyyah kepada masyarakat agar bertudung mengikut syariat bukan hanya fesyen semata-mata.

Bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi di masa hadapan, Dr Zulkifli mencadangkan setiap syarikat yang menghasilkan tudung melantik seorang Penasihat Syariah untuk memastikan setiap keluaran tudung mematuhi syarak dan bukanlah kerana trend ataupun fesyen semata-mata agar tidak memberikan imej negatif terhadap agama Islam.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...