Mufti WP Dilantik Jadi Menteri Agama, Rakyat Luah Rasa Syukur

Trending

Mufti WP Dilantik Jadi Menteri Agama, Rakyat Luah Rasa Syukur

Selepas beberapa minggu isu politik negara menjadi topik perbualan hangat dan ramai yang tertanya-tanya tentang hala tuju Malaysia selepas ini, akhirnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baharu.

Tidak dinafikan senarai Jemaah Menteri yang terbaru ini mendapat sambutan yang baik serta positif daripada rakyat. Antara yang paling mencuri tumpuan ramai adalah pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.

Advertisement

mufti wilayah persekutuan menteri agama

Merupakan tokoh agamawan terkemuka dan tidak asing lagi dalam dunia dakwah di Malaysia, Dr Zulkifli dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Difahamkan, beliau akan dilantik sebagai senator manakala timbalannya pula ialah Ahmad Marzuk Shaary.

Netizen ucapkan tahniah & luah rasa syukur tidak terhingga

menteri agama menteri agama dr zulkifli al bakri mufti wpkl menteri agama mufti wilayah persekutuan menteri agama

Nampaknya rata-rata netizen gembira dengan pelantikan tersebut dan ramai yang mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa syukur tidak terhingga. Pada mereka, kredibiliti Dr Zulkilfi memang tidak perlu dipertikaikan lagi dan berharap agar beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik, semoga Malaysia terus makmur.

Biodata 

Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri  dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau kini menetap di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal agama di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu, Terengganu. Di peringkat menengah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu dan seterusnya bertukar ke Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aliran Thanawi.

Dikenali sebagai seorang yang begitu warak dan sopan, beliau merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa.

Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan bekas pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini merupakan penulis dan pendakwah bebas. Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

mufti wilayah persekutuan menteri agama

Ilmu agamanya memang tinggi dan beliau pernah mengikuti pengajian talaqqi dengan banyak ulama di Timur Tengah. Kepakaran beliau adalah dalam Fiqh, Usul Fiqh, Fatwa, Tasawwuf, Fiqh Semasa (Kontemporari) dan Hadis.

Seorang yang sangat hebat tetapi sentiasa merendah diri, Dr Zulkifli seorang tokoh yang disenangi ramai kerana akhlak dan buah bicaranya. Semoga segala urusannya dipermudahkan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan untuk terus membimbing negara ini. Harapnya Malaysia akan jadi negara yang sejahtera dan harmoni.

Sumber Berita : Bernama  

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...