Mufti Wilayah Bimbang Pelancaran Tudung Di Kelab Bawa Fenomena Normalisasi Dalam Bertudung

Mufti Wilayah Bimbang Pelancaran Tudung Di Kelab Bawa Fenomena Normalisasi Dalam Bertudung

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menulis satu surat terbuka kepada jutawan dan pelakon Neelofa Mohd Noor, bimbang bahawa pilihan wanita itu untuk melancarkan koleksi tudung #BeLofa di ruang acara sebuah kelab malam terkenal akan membawa femonena normalisasi dalam bertudung.

Menurut Utusan Online, normalisasi yang dimaksudkan oleh Zulkifli ialah apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung.

Advertisement

Tambahnya:

Kekhuatiran itu bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

Tidak salah untuk kita mencari kelainan, malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan.

Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

Surat terbuka itu dimuat naik ke laman sesawang rasmi Zulkifli semalam setelah Neelofa mengumumkan tidak ambil pusing dengan kecaman Netizen, tahu apa yang dilakukannya dan tidak akan peduli lagi dengan kata-kata Netizen untuk tahun 2018. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

63 Comments

  1. Neelofa

    February 28, 2018 at 4:27 pm

    Boycott drama dgn Zul jugak pleaseee. Itu pun kalau aku kesah la kan? Whateverrrrr

  2. nolofa no

    February 28, 2018 at 4:26 pm

    rasanya ramai yg gigih membaca komen2 ni.. apakata reramai REPORT IG LOPAH?
    MARIIIIIII…..

    • Anonymous

      February 28, 2018 at 4:28 pm

      Mcm Ikram kena..bagus gak

  3. fake sajat

    February 28, 2018 at 4:09 pm

    bimbang jugak pasal kes kes sajat dan sama waktu dengan nya pls!!

  4. Lol

    February 28, 2018 at 4:06 pm

    Hajjah Keladi Hutan kena tegur sama mufti…siannn!!

  5. bunga lalang

    February 28, 2018 at 4:03 pm

    boikot je…klu x dpt jual mana dtg duit dia… x la berlagak klu x de duit, itu saja. simple…masalahnye dia byk duit sbb tu dia x takut… klu dia jadik menantu PM confirm aku x sokong UMNO lagi. Aku rasa org lain yg x suka pon akan x sokong UMNO….tgk x pasal2 rugi. Sama mcm Air Asia…lama2 org x suka sbb dia ni

Loading...