January 27th, 2016

“Apa yang ku lihat ini,mengapa video bunuh sana sini, di kaca TV dalam Internet, di FB hanya darah dan air mata. Ramai yang menghina agamaku, terasa bakar dijiwaku.”

Itulah antara lirik dalam lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir yang cukup mendalam ertinya.

Tampil hanya dengan gitar dan video keganasan yang berlaku di dunia pada pentas AJL 30 hujung minggu lalu, nyata persembahan Faizal sampai terus ke dalam hati penonton sehinggakan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Dr MAZA memuji persembahan beliau.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Dr Asri mengucapkan syabas kepada Faizal kerana telah berusaha dengan baik dalam menyampaikan misi kemanusiaan didalam lirik lagu Assalamualaikum.

Saya ucapkan syabas kepada Faizal Tahir kerana berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya. Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi.

Malam tersebut memang Faizal Tahir memberikan persembahan yang terbaik pada kami apabila beliau berjaya membuat emosi penonton tersentuh dengan video-video keganasan yang berlaku didalam dunia. Biarpun beliau tidak mendapat tempat pertama, beliau adalah juara dimata ramai rakyat Malaysia. Teruskan usaha anda Faizal Tahir!


Comments are closed.

Loading...