Mufti Larang Guna Logo Kaitkan Dengan Peninggalan Nabi

Trending

Mufti Larang Guna Logo Kaitkan Dengan Peninggalan Nabi

Tempoh hari, kecoh di media sosial apabila wujud satu jenama seakan menggunakan logo yang dikaitkan dengan capal Nabi Muhammad SAW.

Susulan kejadian, timbul pelbagai reaksi di kalangan netizen seolah tertanya-tanya berkenaan lambang tersebut.

Advertisement

Terbaharu, menerusi muat naik di laman Instagramnya, Dr. Maza tampil berkongsi hukum berikutan isu terbabit dengan tajuk “Hukum Bertabarruk Dengan Peninggalan Nabi SAW”.

“Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW samada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut. Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang”

Ujarnya, perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi Muhammad SAW adalah dilarang.

“Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan,”

Oleh hal yang demikian, orang ramai diseru seupaya lebih peka dengan keadaan sekeliling, agar kenyataan yang dikeluarakan Mufti ini mampu memberi gambaran jelas mengenai tindak tanduk kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...