September 11th, 2017

Sedih sungguh Abang Nara membaca nasib yang menimpa Hana Elite. Akibat ditipu oleh rakannya sendiri iaitu Watie Elite sehingga diisytiharkan muflis, Hana tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya yang menetap di London kerana disekat daripada keluar negara. Bukan sebulan dua, sudah 2 tahun Hana tidak dapat melepaskan rindu berjumpa cahaya matanya itu. Tak boleh bayang betapa sedih dan rindunya perasaan seorang ibu yang terpaksa menanggung akibat kesalahan orang lain.

hana elite

Kata Hana Elite:-

Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung! Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara. Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain.

hana elite

Untuk makluman, Watie Elite memaklumkan kepada mahkamah yang dia tidak diberi peluang membela diri dan tidak mampu untuk membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.83. Menurut penjelasan Hana Elite, tuntutan asal adalah sekitar RM300,000 tetapi kedegilan Watie Elite yang acuh tak acuh menyebabkan hutang itu meningkat. Terang Hana Elite:-

Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja. Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun.

hana elite

Apa yang penting, Hana Elite sudah serik dan tidak akan memaafkan Watie Elite atas apa yang telah dilakukan. Abang Nara sokong keputusan yang diambil oleh Hana ini. Sebelum ini, Hana telah cuba menyelesaikan secara baik tetapi Watie tidak mengendahkannya. Bila dah kalah di mahkamah barulah nak buat ayat “dulu kami berkawan baik dan sebagainya”. Kata orang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Kalau betul anda seorang kawan, takkanlah sanggup perlakukan kawan lain sampai muflis. Itu bukan kawan namanya. Tak gitu? Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...