Mudahnya! Jom Cuba 10 Resepi Air Sedap Ni Sebagai Hidangan Berbuka Puasa. Confirm Puas Hati

Branded

Mudahnya! Jom Cuba 10 Resepi Air Sedap Ni Sebagai Hidangan Berbuka Puasa. Confirm Puas Hati

“Aku tak boleh pergi bazar ni, semua air aku rasa nak beli”

Bulan puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, malah kita juga perlu menahan nafsu daripada tidak melakukan pembaziran. Korang pernah tak sebelum berbuka, rasa nak makan dan minum macam-macam benda. Lepas tu bila beli, tak habis pun makan masa berbuka.

Haa.. Sempena bulan Ramadan ni, Beautifulnara nak ajak korang berjimat dengan berkongsi 10 hidangan air sedap yang korang boleh cuba buat sendiri ketika berbuka. Psstt.. Nak hidang untuk tetamu masa raya nanti pun boleh!

1. BOH Teh Ais Dhaka Dengan Cincau

Bahan-bahan

-4 Uncang Teko Teh BOH
-Susu full cream
-Gula
-2 biji buah pelaga
-Kayu manis
-Cengkih
-Cincau
-Ais

Nak buat BOH Teh Ais Dhaka Cincau ni senang je, pertama sekali panaskan air dalam periuk dan masukkan kesemua bahan di atas (cincau akhir sekali). Sepanjang dalam periuk pastikan api dikawal supaya tidak terlalu besar.

Masukkan sukatan susu secukup rasa. Bila air dah mendidih dan warna teh pun cantik, korang dah boleh angkat teh dhaka cincau, tunggu sejuk sikit tambahkan ais dan sedia untuk dihidang.

Kalau buat air teh, kami akan guna Uncang Teko Teh BOH kerana warnanya yang cukup pekat, serta aroma yang memikat. Orang kata kalau minum teh tu lagi berasa lah, sesuai sangat dengan tagline Lebih Kaw, Lebih Ummph!

Cakap tentang BOH, baru-baru ni masa kami tengah beli stok teh BOH di pasaraya, kami ada nampak yang BOH ada buat peraduan raya. Hadiah yang ditawarkan pun bukan biasa-biasa, berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM90 ribu. Pergh siapa nak bagi?

Korang boleh klik SINI untuk maklumat lanjut.

Jom sambung balik resepi…

2. Bandung Soda Float

Bahan-bahan

-1/4 cawan pati sirap
-Larutkan gula dalam air panas (kemanisan ikut citarasa masing-masing)
-3/4 tin susu cair
-3/4 jug kiub ais
-1/2 botol ice cream soda
-Ais krim vanila

Cara penyediaan, satukan pati sirap, susu cair dan ice soda, kacau rata. Kemudian tambahkan ais, dah nak waktu berbuka letakkan satu scoop ais krim vanila di atas minuman.

3. BOH Teh O Ais Laici

Bahan-bahan

-1 tin laici
-2 Uncang Teko Teh BOH
-3 sudu gula
-Ais secukupnya

Cara nak buat minuman ni paling mudah. Korang hanya perlu sediakan Uncang Teko Teh BOH dan rendamkan dalam air panas. Kemudian tambahkan gula mengikut citarasa, jangan terlalu manis supaya korang dapat rasa teh yang Lebih Kaw!

Masukkan jus laici, kacau-kacau hingga sebati. Masukkan isi laici dan last sekali tambah ais untuk Lebih Ummph!

4. Peppermint Lemonade

Bahan-bahan

-4 sudu gula makan
-Secubit garam
-3 tangkai pudina
-500ml air
-2 biji jus lemon yang diperah
-Ais secukupnya

Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam jug. Isikan air, kacau sehingga gula larut dan daun pudina mengeluarkan bau wangi. Tambahkan jus lemon dan akhir sekali letakkan ais.

5. BOH Teh Hijau Buah-Buahan

Bahan-bahan

-3 uncang teh hijau BOH
-3 cawan air
-2 sudu makan madu
-Segenggam buah berry (ikut pilihan)
-6 biji strawberi
-2 biji peach
-Ais

Macam yang kita tahu, green tea mengandungi pelbagai khasiat seperti tinggi dengan antioksidan, mengandungi L-theanine yang boleh membuatkan diri rasa tenang dan relaks serta membantu kita untuk jadi lebih peka dan fokus

Kalau korang bosan nak minum green tea kosong, korang boleh cuba resepi ni. Sedap sangat.

Panaskan air dan rendamkan 3 uncang teh hijau BOH. Dalam bekas yang berbeza, kacau madu dengan setengah cawan air panas kemudian tuangkan ke dalam jug. Potong semua buah-buahan, campur ke dalam jug tadi beserta ais. Last sekali, barulah tuangkan teh hijau (suhu bilik), kacau dan sedia untuk dihidang.

6. Jus Mangga Pudina

Bahan-bahan

-2 biji mangga
-2 sudu besar yogurt
-2 gelas air
-1 biji limau kasturi
-Sedikit daun pudina

Mula-mula kupaskan mangga, ambil isinya sahaja. Kemudian, kisar isi mangga bersama yogurt dan 2 gelas air. Hiriskan limau kasturi kemudian tuangkannya ke dalam gelas bersama jus mangga yang telah dikisar. Akhir sekali tambahkan ais serta daun pudina.

7. Soya Cincau

Bahan-bahan

-1 liter air soya sejuk tanpa gula
-250g cincau
-Gula Melaka (62.5g)
-Air panas satu cawan (200ml)
-Ais

Parutkan gula Melaka, kemudian dalam sebuah periuk kecil campur air yang mendidih dan gula yang telah diparut. Kacau sehingga gula cair. Hiris nipis atau potong dadu kecil untuk cincau.

Tuangkan air soya ke dalam jug besar kemudian tambahkan gula Melaka yang telah cair dan kacau hingga sebati. Masukkan cincau dan letakkan ais mengikut pilihan.

8. BOH Teh Tarik Madu Ais

Bahan-bahan

-3 Uncang Teko Teh BOH
-3 sudu besar susu pekat manis
-2 sudu besar susu cair
-1 sudu besar madu asli
-Air panas secukupnya
-Ais

Teh Tarik Madu ni senang je nak buat, mula-mula rendam 3 uncang teko teh BOH dalam air panas selama 10 minit. Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli. Kacau teh hingga sebati.

Tuang dalam kole dan tarik. Tarik panjang-panjang kalau nak buih banyak. Last sekali barulah letak ketulan ais.

9. Milky Rambutan

Bahan-bahan

-1 tin rambutan dalam tin
-1 tin susu cair atau susu segar
-Gula secukup rasa untuk dijadikan air gula
-Ais secukup rasa
-Rendaman biji selasih

Apa yang korang perlu lakukan mula-mula ialah masukkan buah rambutan tin dan airnya serta susu ke dalam jug. Tambahkan gula secukup rasa, kalau manis sangat boleh tambah air. Last sekali, barulah tambah ais dan biji selasih.

10. Blue Ocean

Bahan-bahan

-1 botol kecil minuman soda berwarna biru (ni korang boleh beli dekat pasaraya)
-1 sudu besar kordial oren
-Jeli kelapa secukupnya(dalam 2 sudu besar untuk satu gelas)
-1 sudu teh biji selasih yang direndam

Masukkan kordial oren ke dalam gelas, kemudian letakkan jeli kelapa dan tuangkan air soda biru. Kacau-kacau, letakkan biji selasih dan ketulan ais.

Jangan buang uncang teh! Jaga kelestarian alam bersama BOH!

Sebab kami ada kongsikan beberapa resepi teh, korang tau tak yang jenama teh terkenal BOH sekarang ni sedang giat mempromosikan tentang kelestarian alam. Malah packaging mereka pun nature friendly tau.

Ni kami nak share video tentang cara nak guna semula uncang teh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOH Tea Malaysia (@bohteamalaysia)

Banyak rupanya manfaat daripada setiap uncang teh. Macam dalam video di atas, ada 3 cara korang boleh guna semula uncang teh korang:

1. Mata sembab? Ambil uncang teh yang dah diguna, cuci dan simpan di dalam peti sejuk 10-20 minit. Kemudian tekapkan pada mata, serius mata terus rasa segar!

2. Suburkan tanah dengan teh. Apa yang korang boleh buat, cuci uncang teh yang dah digunakan, gunting, taburkan serbuk teh ke atas tanah kemudian gemburkan.

3. Hilangkan kesan gris dengan teh. Korang hanya perlu rendam periuk dengan kotoran degil semalaman bersama seuncang teh yang dah digunakan. Kemudian, keesokan hari korang boleh basuh periuk macam biasa.

Lepas ni minum teh, jangan terus buang uncang teh korang, manfaatkan kelebihannya untuk diri dan alam sekitar.

Jom lestarikan alam bersama BOH.

Info lanjut mengenai BOH, korang boleh ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...