Kenyataan usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila, yang mendedahkan dirinya kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki telah menarik perhatian netizen.
Seorang individu di Threads telah memuat naik semula kenyataan tersebut daripada sebuah portal hiburan sambil menyindir Nabila di ruangan kapsyen, mempersoalkan betapa mudahnya dia menukar pasangan meskipun sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan.
(Bagi) tips sikit kakak, mudahnya bertukar lelaki macam tukar ‘pampers’ anak dia.”
Namun, seorang pengguna bernama @fatinfaziana tampil mempertahankan Nabila, menyelar sindiran itu sambil menegaskan bahawa tidak salah untuk wanita meneruskan hidup dan mencari kebahagiaan.
Habis itu kau nak dia buat apa? Meroyan dan buka aib bekas suami dia? Perangai macam itu memang ‘low class’. Aku lagi suka tengok orang yang boleh teruskan hidup dan cari kebahagiaan dia sendiri. Kau tak rasa macam tu ke?
Untuk rekod, Noor Nabila pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Perkahwinan pertamanya pada Julai 2013 berakhir pada 2014.
Kemudian, dia bernikah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 dan bercerai pada Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, kini berusia enam tahun.
Pada 19 Mac 2021, Nabila berkahwin dengan Engku Emran namun perkahwinan itu juga berakhir dua tahun kemudian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.