Mudah & Tak Leceh, Ikuti 5 Step Ini Untuk ‘Renew’ Passport Secara ‘Online’

Travel

Mudah & Tak Leceh, Ikuti 5 Step Ini Untuk ‘Renew’ Passport Secara ‘Online’

Difahamkan bermula dari tarikh 11 Mei 2022, proses pembaharuan pasport dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia tidak lagi akan diteruskan. Malah ia akan dilakukan secara atas talian sahaja.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, hal ini dilakukan kerana ia akan memudahkan warganegara untuk membuat pembaharuan pasport Malaysia dengan hanya secara online.

Advertisement

Jadi, sekarang ini mari kita lihat langkah-langkah mudah untuk membuat pembaharuan passport yang boleh anda ikuti:

5 langkah 'renew' pasport 'online'

Langkah 1: Layari laman web rasmi https://imigresen-online.imi.gov.my/eservice/myPasport. Selepas anda sudah melayari laman web terbabit, pastikan anda baca terma dan syarat yang telah ditetapkan lalu klik SETUJU setelah selesai membacanya.

5 langkah 'renew' pasport 'online'

Langkah 2: Selepas itu, masukkan maklumat peribadi terperinci di dalam kotak yang telah disediakan dan pilih pejabat Imigresen Malaysia yang terdekat dengan anda untuk mengambil pasport jika sudah siap.

5 langkah 'renew' pasport 'online'

Langkah 3: Muat naik gambar pasport yang telah anda ambil mengikut saiz, warna background dan pakaian gelap yang telah ditetapkan.

5 langkah 'renew' pasport 'online'

Langkah 4:  Pastikan segala maklumat peribadi terperinci yang sudah anda isi betul. Selepas itu boleh terus membuat pembayaran. Sekadar info, harga untuk dewasa yang berumur 13 hingga 59 tahun adalah RM200 (5 tahun). Manakala, warga emas iaitu berumur 60 tahun ke atas adalah sebanyak RM100 (5 tahun).

5 langkah 'renew' pasport 'online'

Langkah 5: Akhir sekali, apa yang anda perlu buat adalah mengambil pasport yang telah siap di pejabat Imigresen Malaysia yang telah dipilih oleh anda.

Semoga maklumat yang diberi akan membantu anda untuk membuat pembaharuan pasport Malaysia dengan mudah!

itinerari bajet ke turki
2 years ago

Bajet RM3.6k Seorang, Lelaki Kongsi Itinerari Jimat Melancong Ke Turki Yang Mesti Anda Cuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...