Mudah Rasa Tersentuh, Siti Nurhaliza Kongsi Perubahan Emosi Saat Hamil Anak Kedua

Hiburan

Mudah Rasa Tersentuh, Siti Nurhaliza Kongsi Perubahan Emosi Saat Hamil Anak Kedua

Baru-baru ini, penyanyi nombor tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengumumkan satu berita gembira yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminat apabila dia kini sedang hamil anak kedua.

Setelah pelbagai spekulasi dan andaian peminat, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ti mendedahkan kini sarat hamil empat bulan.

Advertisement

Mengulas lanjut mengenai pengalaman hamil anak kedua, Tok Ti berkata emosinya lebih mudah tersentuh berbanding kehamilan pertama dan juga cepat benar merasa letih daripada kebiasaannya.

Meskipun begitu, Siti,41, meluahkan rasa syukur kerana sepanjang tempoh kehamilan ini dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk.

“Cabaran hamil kali kedua ini, saya rasa cepat penat mungkin kerana faktor usia juga. Sekarang ini saya lebih emosi, tengok cerita di televisyen sikit pun saya menangis..baca cerita dekat instagram pun saya menangis.”

Menganggap bahawa fasa kehamilan bagi setiap anak adalah berbeza, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu juga bersyukur kerana dirinya tidak mengalami sebarang pendarahan sepertimana saat mengandungkan anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Dijangka bersalin pada April tahun hadapan, Siti turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan dan dikurniakan kekuatan serta kesihatan yang baik.

Ditanyakan pula mengenai reaksi Siti Aafiyah mengenai kehadiran adik baru kelak, Siti mengatakan anaknya itu seolah-olah memahami apa yang terjadi dan teruja untuk menerima kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

Sekadar info, Siti sebelum ini pernah mengumumkan bahawa dirinya mengalami keguguran pada November tahun 2015. Setelah dua tahun iaitu pada 2017, Siti kemudian telah berkongsikan berita gembira hamil anak sulung setelah hampir 11 tahun berkahwin dengan suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...