Mudah Sahaja Nak Bersihkan Karpet Yang Kotor!

Trending

Mudah Sahaja Nak Bersihkan Karpet Yang Kotor!

    “Alamak! Karpet kotor dah lah warna cerah, baru beli pulak tu”

Karpet sememangnya menjadi satu aksesori utama untuk rumah anda. Bukan sahaja untuk mencantikkan ruangan tetapi sebagai alas lantai untuk memberi keselesaan kepada anda.

Advertisement

Tapi nak membersihkan karpet yang kotor ni bukanlah sesuatu yang mudah kan.  Untuk pengetahuan anda, ada cara yang mudah untuk membantu anda menghilangkan kekotoran itu. Para isteri terutama ibu yang ada anak kecil pasti gembira dengan cara yang kami nak kongsikan ni. Jom baca!

Tekap dulu!

Sumber: Bath Shop

Air tumpah di karpet? Sebaiknya anda ambil kain dan tekap bahagian yang tertumpah tadi secepat yang mungkin. Tekap bahagian yang basah dengan kain bersih sehingga separuh kering. Kemudian gunakan pencuci fabrik dan air dengan jumlah yang sama. Contohnya 1 bahagian pencuci fabrik dan 1 bahagian air kemudian campurkan. Letakkan campuran itu ke bahagian yang kotor tadi, kemudian tutup dengan sehelai t-shirt atau tuala dan gosok menggunakan seterika sehingga kering.

Gunakan Serbuk / Baking soda

Sumber: Environment Blog

Serbuk ialah satu cara yang terbaik untuk membersihkan karpet anda. Menggunakan serbuk merupakan satu strategi yang terbaik sama ada menggunakan serbuk khas untuk pembersihan karpet atau lebih mudah hanya gunakan baking powder.

Caranya:

  • Taburkan serbuk di sekitar karpet
  • Biarkan serbuk sekurang-kurangnya 30 minit, tetapi kalau boleh biarkan semalaman lebih baik! Ini kerana ia dapat membersihkan kotoran dan menghilangkan bau.
  • Vacuum serbuk itu dan siap!

Ais penyelamat

Sumber: Urdu News

Macam mana ais boleh membantu untuk membersihkan karpet anda? Jika gula getah terlekat di  karpet, anda hanya perlu gunakan ketulan ais dan gosokkan di bahagian tersebut selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehingga gula getah itu menjadi keras. Selepas itu, anda boleh menanggalkan gula getah itu dengan mudah.

Sumber: Jacks Carpet

Selain itu, ais juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan lekuk pada karpet akibat perabot atau barangan yang berat diletakkan di atas karpet. Apa yang anda perlu lakukan ialah letakkan ketulan ais di bahagian lekuk itu dan gunakan garfu atau sikat untuk menyikat bahagian tersebut.

Krim Cukur / Shaving Cream

Penyelesaian yang mudah dan murah untuk menghilangkan kesan kotor di karpet ialah dengan menggunakan krim cukur. Sembur kotoran dengan krim pencukur dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, lap menggunakan kain bersih. Cara ini sesuai untuk membersihkan pelbagai jenis kotoran, termasuk gris.

Sumber: Impiana dan Cleanipedia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...