Mudah Dibawa, Lip Care Water Colour 2 Dalam 1 Melembapkan Bibir Dengan Variasi Warna Menawan!

Branded

Mudah Dibawa, Lip Care Water Colour 2 Dalam 1 Melembapkan Bibir Dengan Variasi Warna Menawan!

Antara barangan wajib ada dalam setiap beg wanita semestinya pelembap bibir dan lipstik. Kalau tak ada 2 barang ni, rasa macam tak tentu arah, betul tak? 

Mana taknya, setiap kali lepas makan atau minum air, mesti anda akan pakai semula pelembap atau lipstik untuk melembapkan bibir dan mengekalkan bibir yang mungil.

Kadang-kadang kalau terlupa nak bawa kedua-dua barangan ini, kawan-kawanlah yang akan menjadi mangsa untuk anda pinjam dan gunakan. 

Daripada bersusah-payah penuhkan beg bawa dua barangan ini, apa kata anda bawa satu produk saja yang mempunyai dua fungsi sama seperti lipstik dan pelembap bibir iaitu Water Colour daripada Mentholatum. 

Tahan Lebih Lama, Water Colour Buat Bibir Kelihatan Lebih Mungil

Lipbalm bagus untuk bibir

Untuk pengetahuan, Water Colour sangat sesuai digunakan untuk setiap wanita tak kira usia sebab ia membantu meningkatkan warna bibir dalam masa yang sama mengekalkan rupa semula jadi bibir. 

Selain melembapkan bibir, ia juga memberikann warna dan kelembapan yang lebih lama. Jadi, anda tak perlu lagi nak touch up banyak kali!

Lipbalm bagus untuk bibir

Apa yang best dengan Water Colour ni adalah selain mempunyai warna semula jadi dan tekstur lembut, ia juga diperbuat dengan 10 bahan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan tau. Wow, menarik!

Kebanyakan pakar kecantikan approved dan menjadikan Water Colour sebagai produk wajib ada dalam alat solek sebab ia dapat memudahkan lagi urusan mereka sebagai jurusolek. 

Lipbalm bagus untuk bibir

Nak tahu apa yang lagi best? Water Colour ni dapat menjimatkan lebih banyak masa ketika anda bersolek tau sebab ia bukan saja beri kelembapan berpanjangan, malah ia juga beri full coverage pada bibir dengan hanya satu sapuan saja. Pergh, terbaiklah!

Lipbalm bagus untuk bibir

Menariknya, Water Colour mempunyai pelbagai warna menawan antaranya Charming Red, Sugar Coral dan Sweet Pink yang mana kesemua warna ini sangat sesuai dengan kulit orang Asia. 

Dengan variasi warna ini, ia akan menyerlahkan penampilan anda agar kelihatan lebih berani, klasik dan comel!

Paling penting, setiap warna yang ditawarkan sesuai untuk penampilan yang berbeza tau seperti: 

Lipbalm bagus untuk bibir

Charming Red sesuai untuk majlis parti sambutan

Lipbalm bagus untuk bibir

Sugar Coral sesuai untuk penampilan bekerja atau sebagai pelajar

Lipbalm bagus untuk bibir

Sweet Pink sesuai untuk kasual atau outfit bersenam

Kalau anda melancong, tak perlu beratkan beg solekan dengan membawa produk penjagaan bibir dan lipstik! Hanya perlu bawa Water Colour saja sebab ia mempunyai manfaat sama seperti kedua-dua produk tersebut. 

Lagi best, Water Colour sangat selesa untuk digunakan tak kira dalam apa jua cuaca serta ia akan menonjolkan lagi tesktur licin pada bibir anda. 

Water Color LipCare, Produk Penjagaan Bibir Terbaik!

Lipbalm bagus untuk bibir

Dengan Water Colour, anda dah tak perlu penuhkan beg dengan membawa dua produk penjagaan bibir berlainan sebab Water Colour menyediakan kelebihan yang sama seperti kedua-dua produk tersebut. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Mentholatum LipCare atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...