“Muda-muda Lagi Buah Pinggang Rosak, Akibat Makan Ubat Gemukkan Badan”

Trending

“Muda-muda Lagi Buah Pinggang Rosak, Akibat Makan Ubat Gemukkan Badan”

Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri. Ada yang berbadan terlalu gemuk dan sanggup menelan ubat untuk kurus. Ada juga yang terlalu kurus dan menelan ubat untuk gemuk. Namun setiap ubat yang diambil perlulah dengan preskripsi dan pengawasan doktor. Kerana ubat yang diambil tanpa kawalan mempunyai risiko yang tinggi dan membahayakan terhadap organ dalam badan  manusia.


Seorang gadis menulis di Facebook, meminta mereka yang baik hati untuk mendermakan sebelah buah pinggang kepadanya. Dia menderita sakit buah pinggang tahap terakhir dan perlu menjalani dialisis walaupun masih muda.

Advertisement

Dia memberitahu buah pinggangnya gagal untuk berfungsi setelah lebih dua tahun mengambil sejenis ubat untuk menggemukkan badan iaitu Dexaharsen Dexametason.

Ada yang bertanya mengapa gadis itu tidak meminta adik-beradiknya sendiri menderma buah pinggang, namun gadis itu berkata adik-beradiknya menolak kerana takutkan risiko pemindahan buah pinggang kepada penderma.

Bagaimanapun, Facebook Derma Organ Melaka menulis bahawa pendermaan hidup (living donor) hanya boleh didermakan oleh keluarga terdekat sahaja di negara kita dan hanya boleh diaturkan oleh doktor beliau sendiri.

Seorang pengguna Twitter memberitahu dia terkena jangkitan kuman pada saluran kencing setelah makan ubat ini .

 


Seorang lagi pengguna Twitter memberitahu, ubat tersebut mengandungi steroid yang tidak sepatutnya dimakan untuk tempoh yang lama. Ianya mestilah dimakan dengan pengawasan doktor.


Seorang lagi pengguna Twitter meminta agar orang ramai tidak mengejek orang yang berbadan terlalu kurus.


Apa pun yang penting semua orang harus berhati-hati dengan pengambilan ubat kerana ia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya jika diambil dengan cara yang salah. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...