Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri. Ada yang berbadan terlalu gemuk dan sanggup menelan ubat untuk kurus. Ada juga yang terlalu kurus dan menelan ubat untuk gemuk. Namun setiap ubat yang diambil perlulah dengan preskripsi dan pengawasan doktor. Kerana ubat yang diambil tanpa kawalan mempunyai risiko yang tinggi dan membahayakan terhadap organ dalam badan manusia.
Seorang gadis menulis di Facebook, meminta mereka yang baik hati untuk mendermakan sebelah buah pinggang kepadanya. Dia menderita sakit buah pinggang tahap terakhir dan perlu menjalani dialisis walaupun masih muda.
Dia memberitahu buah pinggangnya gagal untuk berfungsi setelah lebih dua tahun mengambil sejenis ubat untuk menggemukkan badan iaitu Dexaharsen Dexametason.
Ada yang bertanya mengapa gadis itu tidak meminta adik-beradiknya sendiri menderma buah pinggang, namun gadis itu berkata adik-beradiknya menolak kerana takutkan risiko pemindahan buah pinggang kepada penderma.
Bagaimanapun, Facebook Derma Organ Melaka menulis bahawa pendermaan hidup (living donor) hanya boleh didermakan oleh keluarga terdekat sahaja di negara kita dan hanya boleh diaturkan oleh doktor beliau sendiri.
Seorang pengguna Twitter memberitahu dia terkena jangkitan kuman pada saluran kencing setelah makan ubat ini .
I’ve been there. Umur 24 berat 36 je. Makan gila byk tp still kurus. Pernah la trjebak dgn pil ni tp sekejap je makan sbb terus kena UTI. Hahaha padan muka terus stop. Nasib kidney bgtau kata tk elok ubat ni.
— Kirahh (@kighahh) October 23, 2018
Seorang lagi pengguna Twitter memberitahu, ubat tersebut mengandungi steroid yang tidak sepatutnya dimakan untuk tempoh yang lama. Ianya mestilah dimakan dengan pengawasan doktor.
Steroids should not be consume for a long period of time unless for a certain condition which is still, it must be monitored by the doctors. This fella consumed steroids for 2 years straight and look what happened to her kidney . https://t.co/kdUMs3C9xQ
— Aliah Zuhairah (@Alixhz__) October 23, 2018
Seorang lagi pengguna Twitter meminta agar orang ramai tidak mengejek orang yang berbadan terlalu kurus.
For me memang salah dia consume benda ni tanpa rujuk doktor tapi jangan hina bodoh ke apa. Sebab yang susah naik berat badan ni selalu kena ejek ” papan, playwood, flat” ja yang faham low confident tu mcmna. Macamtu jugak struggle orang badan besar.
Yang kurus pun ada hati.?
— ? (@chipsnetto_) October 23, 2018
Apa pun yang penting semua orang harus berhati-hati dengan pengambilan ubat kerana ia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya jika diambil dengan cara yang salah. – amazingnara.com