“Muda-muda Dah Berhutang Belajar RM 45 Ribu, Siapa Tak Murung?”

Trending

“Muda-muda Dah Berhutang Belajar RM 45 Ribu, Siapa Tak Murung?”

Hidup aku melarat nak bayar hutang diploma lepas belajar. Yuran belajar RM 78,900. Sekarang dah kena paksa mula bayar sedangkan masih belajar belum sempat graduate pun lagi. Nak kena spill the tea ke, eh?

**** **** Institute of Technology (**IT). Masa 2015 aku jumpa iklan **IT kat Facebook. Salah satu kolej yang ada kaitan dengan marin. Kebetulan ibu tak kasi sambung belajar dekat Ranaco Terengganu sebab jauh sangat jadi aku pilih **IT.

Advertisement



Aku tahu yuran **IT RM78,900 dan **IT di bawah MARA. Jadi aku pergi pra-pendaftaran. Masa ni banyak kali aku tanya.

“Saya memang sah akan dapat MARA ke?”

Dia jawab:

“Selagi awak SPM kredit dan mak ayah tak disenarai hitam oleh MARA, awak akan dapat MARA.”

Masa ni memang banyak kali aku tanya sebab 78 ribu tu jumlah yang besar. Jawapan yang sama.

“Memang akan dapat dik, senior sebelum ni semua dapat”

Jadi aku masuk **IT.

Dari semester satu sampailah semester 3 kami tak terima borang MARA dari **IT sebab mereka kata:

“Portal MARA masih tutup, kami akan cuba yang terbaik.”

Jadi pelajar tunggu lagi. Masa ni dah ramai pelajar berhenti sebab takut tak dapat pinjaman. Tapi ramai lagi yang bertahan sampai habis belajar sebab mengharapkan dapat MARA. Pelik tak pelik kolej lain yang memang di bawah MARA semua dah dapat MARA. UNIKL contohnya.

Masa belajar di **IT langsung tak ada minta suruh bayar setiap semester ke apa. Mereka senyap saja. Tak ada pun tahan tak boleh masuk peperiksaan sebab bayaran sangkut.

Lepas tu, dah akhir-akhir semester 6 mereka keluarkan surat biasiswa.

Lepas tolak biasiswa RM 33,700 jumlah aku kena bayar RM 45,200. Banyak weh, 45 ribu. Aku tak kaya. Aku bersusah-payah masa belajar jaga pointer aku elok-elok supaya bila dapat MARA aku kena bayar sedikit saja.

Akhirnya ayah keluarkan KWSP dia 10 ribu untuk tolong aku sedikit. Sebab dia tengok aku murung. Muda-muda dah ada hutang 45 ribu siapa tak murung?

Lepas tu tentang konvokesyen pula. Aku pergi **IT untuk semak sama ada aku boleh konvokesyen ke tak. Lepas tu mereka cakap:

“Awak tak boleh konvokesyen sebab bayaran terakhir awak 10 ribu tu tahun lepas awak bayar.”

Hancur hati.

Lepas tu kalau konvokesyen pun takkan dapat sijil sebenar. Selagi tak habis bayar takkan dapat. yang ni aku faham sebab kursus aku mahal. Tapi bukan sijil sebenar saja tak dapat, salinannya pun tak dapat sekali.
Sekarang paling teruk bila dia dah paksa pelajar untuk bayar. Bulan 4 aku dapat perjanjian biasiswa **IT suruh langsaikan baki dalam masa 3 bulan. Lagi sekali aku buntu, aku lost.

Banyak 31 ribu tu. Aku diam sampai sekarang. Surat tu ada kat rumah aku tak pulang balik kat mereka.

Aku tak tahu nak mengadu kat siapa dah ni. Bukan aku seorang yang kena. tapi semua pelajar. **IT menjanjikan MARA dekat semua pelajar tapi sebenarnya tak ada pun. Bila borak dengan senior mereka kata

“Eh, kenapa dengan kamu semua dia cakap dapat MARA eh?”

Sebab sebenarnya dari masa mereka lagi dah tahu yang **IT tak dapat MARA. Pengasas **IT orang melayu. Orang melayu. Sanggup buat bangsa sendiri tersungkur sampai macam ni sebab nak bayar hutang belajar.

Betulkan kalau aku salah, tapi aku rasa benda ni dah kira penyelewengan sebab dia janji MARA tapi akhirnya tak dapat. Dia gunakan nama MARA untuk tarik pelajar. Dan yang paling terbaru dia ugut kalau tak nak bayar, jumlah bunga pula akan naik. Tolonglah **IT tak cukup-cukup ke jadi bahana dalam hidup kami semua ni?

Bila aku sebut nak bawak kes ni naik mahkamah semua jadi takut dengan bayaran nak upah peguam. Habis tu, sekarang apa jalan yang aku ada? tunduk pada **IT lepas tu bayar saja 45 ribu? Lepas tu pelajar yang baru masuk akan kena nasib yang sama?

Salah ke sebut nama kolej? Takut kena saman, pula.

Lagi satu lupa nak sebut. Sebelum masuk memang aku cari senior yang belajar **IT dan ya, kakak tu pun nasib dia baik dia dapat MARA sekali dengan elaun tiap bulan dia dapat.

Tolong cadangkan apa lagi yang saya boleh buat?

Sumber: Amira Haikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...