July 30th, 2017

Nak tergelak Abang Nara membaca kata-kata nasihat daripada Rozita Che Wan ini. Bak kata Abang Nara sebelum ini, memang semua orang nak memberi sepatah dua kata tentang kontroversi yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Sudah tentu Che Ta adalah seorang yang layak untuk bersuara, lebih-lebih lagi dirinya sudah berpengalaman bertahun-tahun dalam alam perkahwinan.

che ta

Di dunia zaman serba moden dan canggih ini, memang ramai anak-anak gadis yang mencari jodoh sehinggakan suami orang pun dingoratnya. Itu adalah satu perbuatan yang salah. Meruntuhkan rumahtangga orang lain untuk kebahagiaan sendiri adalah satu perbuatan yang amat “selfish”. Takkanlah kita nak bahagia atas air mata orang lain? Bak kata Che Ta, nak ngorat sesiapa tue boleh je tak ada masalah, yang penting kita jangan rembat laki orang. Kata Che Ta:-

Tiba tiba kluaq pulak cover topik ni ?. Muda atau tua tk penting.. yang penting jangan rembat laki oqang .. betui dak? ? kita memang la jaga laki kita,tapi syaiton jgk berleluasa.. haqap2 jgn la sapa plk dok rembat laki kami oiiiiii

che ta

Hehehe. Rasanya tak ada gadis yang berani nak mengorat Zain Saidin. Semuanya takut nak kena jala dengan Che Ta. Lagipun Abang Nara percaya yang Zain adalah seorang pencinta yang setia. Tak gitu? Semoga perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan.


Comments are closed.

Loading...