Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muatnaik Video Sedang Mengaji : Johan As’ari Tiada Niat Untuk Menunjuk

Beberapa hari lepas, ramai yang memuji kemerduan suara pelakon Johan As’ari ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam sebuah video yang dikongsikan oleh beliau sendiri di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Niat beliau memuat naik video tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi minat beliau kepada peminat.

Sejak sekolah rendah lagi saya dididik untuk mengaji Al-Quran dan apabila sekolah menengah, saya menghabiskan 30 juzuk setiap tahun.

Jadi, memandangkan saya sering berkongsi foto aktiviti-aktiviti lakonan saya, apa salahnya sekali sekala saya memuat naik video aktiviti kegemaran saya iaitu mengaji Al-Quran. Benda baik, tidak salah untuk dikongsi.

Hampir setiap hari juga Johan mengaji di depan ibunya Datin Firdaus Abdul Kader yang  sedang dirawat di Institut Kanser Negara akibat menderita penyakit kanser tulang pada tahap empat. Jelas aktor tersebut, beliau dan adik beradik yang lain sering berbuat demikian agar ibu mereka diberikan semangat yang kuat untuk melawan sel kanser.

Apabila saya menjaga ibu, saya akan pastikan untuk mengaji di depannya. Syukur Alhamdulillah, walaupun sudah 25 kali menjalani rawatan kimoterapi, semangatnya masih kuat.

Advertisement

Kerana itu saya dan adik beradik akan  mengaji di depannya untuk pastikan semangatnya kuat untuk melawan sel kanser itu. Doakan ibu cepat sembuh, InsyaAllah.

Korang ni bila seseorang artis itu selfie 24 jam pun tidak kena. Sekarang sekali sekala Johan As’ari kongsi video beliau sedang mengaji apa salahnya bukan? Apa-apa pun kami berharap agar ibu Johan dibekalkan dengan semangat yang kuat untuk menentang penyakit beliau.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama