Beberapa hari lepas, ramai yang memuji kemerduan suara pelakon Johan As’ari ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam sebuah video yang dikongsikan oleh beliau sendiri di akaun Instagram miliknya.
Niat beliau memuat naik video tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi minat beliau kepada peminat.
Sejak sekolah rendah lagi saya dididik untuk mengaji Al-Quran dan apabila sekolah menengah, saya menghabiskan 30 juzuk setiap tahun.
Jadi, memandangkan saya sering berkongsi foto aktiviti-aktiviti lakonan saya, apa salahnya sekali sekala saya memuat naik video aktiviti kegemaran saya iaitu mengaji Al-Quran. Benda baik, tidak salah untuk dikongsi.
Hampir setiap hari juga Johan mengaji di depan ibunya Datin Firdaus Abdul Kader yang sedang dirawat di Institut Kanser Negara akibat menderita penyakit kanser tulang pada tahap empat. Jelas aktor tersebut, beliau dan adik beradik yang lain sering berbuat demikian agar ibu mereka diberikan semangat yang kuat untuk melawan sel kanser.
Apabila saya menjaga ibu, saya akan pastikan untuk mengaji di depannya. Syukur Alhamdulillah, walaupun sudah 25 kali menjalani rawatan kimoterapi, semangatnya masih kuat.
Kerana itu saya dan adik beradik akan mengaji di depannya untuk pastikan semangatnya kuat untuk melawan sel kanser itu. Doakan ibu cepat sembuh, InsyaAllah.
Korang ni bila seseorang artis itu selfie 24 jam pun tidak kena. Sekarang sekali sekala Johan As’ari kongsi video beliau sedang mengaji apa salahnya bukan? Apa-apa pun kami berharap agar ibu Johan dibekalkan dengan semangat yang kuat untuk menentang penyakit beliau.