Muatnaik Video Bermalam Di IKEA, YouTuber Ini Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Trending

Muatnaik Video Bermalam Di IKEA, YouTuber Ini Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Setiap kali berkunjung ke IKEA memang kebanyakan kita akan rasa seronok dan teruja bila melihat dekorasi dan hiasan rumah di sana. Sampaikan ada yang rasa alangkah seronoknya kalau itu adalah rumah kita sendiri.

Mungkin itu lah yang bermain di fikiran YouTuber ini apabila dia melakukan 24 Hours Challenge In IKEA dan bermalam di sana! Max Lee, lelaki berusia 25 tahun dari Taipei ini memuatnaik videonya bermalam di IKEA di laman YouTube miliknya.

Advertisement

max lee
Untuk melakukan cabaran itu, Max menyembunyikan diri di dalam bilik stor dan menunggu outlet itu ditutup. Selepas pukul tiga pagi, dia kemudian mula menjelajah kawasan di dalam IKEA sambil merakamkan aksinya di dalam video.

Dalam video itu, dia siap berjalan di atas barang yang dipamerkan seperti kerusi dan meja, tidur di katil dan banyak lagi aktiviti lain.

Senang cerita, memang dia buat seperti berada di rumah sendiri. Siap buka baju dan berpura-pura untuk ‘mandi’ di bilik air selain berlakon sebagai bayi di tempat tidur kanak-kanak.

max lee
Kelakuan mencurigakan itu dapat dikesan oleh pengawal keselamatan tetapi dia berjaya melarikan diri daripada ditangkap ketika mereka melakukan pemeriksaan. Mungkin disebabkan ada banyak ruang untuk bersembunyi, jadi dia terlepas pada waktu itu.

Apabila outlet tersebut dibuka semula, dia dengan bersahajanya memberitahu staff di sana bahawa dia adalah pelanggan terawal yang tiba. Selepas keluar daripada situ, dia memaklumkan pada kamera misinya berjaya.

max lee
Tapi malang sekali, dengan penularan video itu di media sosial, pihak berkuasa telah berjaya menahan anak kepada selebriti popular Taipei itu. Video yang telah dimuatnaik di YouTube dan media sosial miliknya turut dipadamkan selepas ditahan.

Selepas dikenakan tindakan undang-undang, dia kemudian membuat permohonan maaf secara rasmi atas sikapnya itu. Kebanyakan netizen di sana juga turut mengutuk tindakannya itu dan bersetuju dengan hukuman yang diberikan padanya.

Sebelum ini dia sememangnya popular dengan kandungan kontroversi di dalam video YouTube yang dimuatnaik. Mungkin ini salah satu cara untuknya mendapatkan jumlah penonton yang tinggi di YouTube.

Sumber: The Straits Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...