Setiap kali berkunjung ke IKEA memang kebanyakan kita akan rasa seronok dan teruja bila melihat dekorasi dan hiasan rumah di sana. Sampaikan ada yang rasa alangkah seronoknya kalau itu adalah rumah kita sendiri.
Mungkin itu lah yang bermain di fikiran YouTuber ini apabila dia melakukan 24 Hours Challenge In IKEA dan bermalam di sana! Max Lee, lelaki berusia 25 tahun dari Taipei ini memuatnaik videonya bermalam di IKEA di laman YouTube miliknya.

Dalam video itu, dia siap berjalan di atas barang yang dipamerkan seperti kerusi dan meja, tidur di katil dan banyak lagi aktiviti lain.
Senang cerita, memang dia buat seperti berada di rumah sendiri. Siap buka baju dan berpura-pura untuk ‘mandi’ di bilik air selain berlakon sebagai bayi di tempat tidur kanak-kanak.

Apabila outlet tersebut dibuka semula, dia dengan bersahajanya memberitahu staff di sana bahawa dia adalah pelanggan terawal yang tiba. Selepas keluar daripada situ, dia memaklumkan pada kamera misinya berjaya.

Selepas dikenakan tindakan undang-undang, dia kemudian membuat permohonan maaf secara rasmi atas sikapnya itu. Kebanyakan netizen di sana juga turut mengutuk tindakannya itu dan bersetuju dengan hukuman yang diberikan padanya.
Sebelum ini dia sememangnya popular dengan kandungan kontroversi di dalam video YouTube yang dimuatnaik. Mungkin ini salah satu cara untuknya mendapatkan jumlah penonton yang tinggi di YouTube.
Sumber: The Straits Times