April 9th, 2016

Baru-baru ini, hangat dengan isu pemandu teksi Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Grab Car dan Uber yang kini lebih popular dan dianggap mengganggu periuk nasi mereka.

Dalam hal berkenaan, pelawak terkenal Harith Iskander ada memuat naik satu foto pemandu teksi yang mogok serta status berbaur sindiran mengenai  isu berkenaan di akaun Instgram miliknya.

Antara yang dikatakan oleh Harith ialah, “pemandu teksi berkumpul di Bukit Bintang kerana protes Uber dan Grab Car, baguslah tu…pelanggan terpaksa menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab Car untuk ambil mereka.”

Ada yang setuju dengan pendapat Harith dan terdapat juga pihak yang mengatakan kenyataan itu agak melampau dan menerima komen negatif daripada mereka yang mewakili pemandu teksi.

Namun menurut Harith, sebagai pengguna beliau mempunyai hak untuk menegur servis pemandu teksi yang tidak setanding dengan Grab Car dan Uber.

Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, saya berhak bersuara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap servis diberikan. Ia bagaimanapun tidak bermakna saya ‘anti’ pemandu teksi atau berpihak kepada mana-mana perkhidmatan lain.

Saya juga mempunyai rakan yang bekerja sebagai pemandu teksi. Ada yang bagus dan ada yang tidak. Cuma, mana-mana perkhidmatan yang tidak bagus, saya akan bersuara.

Kami bukan mahu menjadi bias tetapi apa salahnya untuk pemandu teksi Malaysia memperbaiki servis mereka daripada mogok seperti ini. Bertahun lamanya rakyat Malaysia “ditipu” dengan beberapa pemandu teksi (bukan semua) bab harga, lebih-lebih lagi yang tidak pakai meter, jadi bila ada alternatif lain yang lebih baik tentu pengguna juga mahu berubah angin.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...