Aweera, satu nama yang pernah popular menerusi band MOJO tetapi kini bergerak secara solo kerana salah faham dengan Edry KRU sebelum ini.
Melihat pada kehidupan Aweera sekarang, boleh dikatakan penyanyi ini hidup lebih mewah berbanding sebelumnya. Malah, beliau juga pernah diiystihar muflis sekitar tahun 2013.
Sering memuat naik foto kereta dan motor mewah di akaun Instagram miliknya, ada pihak yang mendakwa Aweera sudah mula riak.
Walaubagaimanapun, Aweera menerusi mStar Online menafikan perkara tersebut.
Saya muat naik gambar di laman sosial bukan bermaksud untuk riyak, ia sekadar suka-suka. Sejak saya jadi artis saya hanya pakai kereta buruk sahaja dan kereta itu masih lagi ada saya simpan kerana banyak berjasa.
Kereta ini baru sahaja saya beli dengan duit yang saya kumpul, ia memang kereta idaman sejak mula menceburi bidang seni, Alhamdulillah sekarang baru dapat.
Meskipun agak jarang untuk melihat Aweera muncul di televisyen, beliau sebenarnya masih aktif dalam bidang nyanyian dan masih mendapat undangan persembahan di luar. Jelas Aweera, kehidupan mewah beliau kini adalah hasil usaha beliau sepanjang bergelar anak seni.
Alhamdulillah hidup kini lebih baik dan berjalan lancar. Biarpun jarang keluar televisyen, tawaran persembahan saya sama sahaja seperti dulu.
Apa yang ada adalah rezeki daripada Allah dan ia merupakan hasil usaha keras saya sendiri selama bergelar artis, bukan daripada pihak lain.
Lumrah manusia, bila ada yang mula berjaya dan memaparkan sedikit kehidupan mewah mereka di media sosial, pasti ada sahaja yang akan menghentam dek kerana perasaan iri hati.