Kembali mencetuskan kontroversi, Nur Fathia sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia telah memuat naik video pendek memaparkan dirinya sedang menyuntik ‘filler’ di bahagian rahang.
Fathia dilihat telah berkongsikan video tersebut menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan peminat. Difahamkan juga Fathia sedang mempromosikan klinik aestetik tersebut di media sosial.
Dalam video berdurasi 40 saat itu. Fathia kelihatan sedang menyuntik ‘filler’ di kedua-dua belah rahangnya dan kemudian memaparkan bentuk rahangnya sebelum dan selepas mendapatkan rawatan.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai pengikut media sosial tampil meninggalkan komen reaksi yang pelbagai. Ada di antara memuji wajah Fathia yang semakin cantik namun ada juga yang memberikan nasihat dan peringatan kerana mengubah ciptaan Allah S.W.T itu adalah perbuatan dosa.
Namun begitu, Fathia dilihat tidak tampil memberi sebarang respon di atas kritikan tersebut.
View this post on Instagram
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih hampir 140,000 tontonan daripada pengikut media sosialnya.