Muat Naik Video Rumah Baharu : Neelofa Nafi Ingin Menunjuk

Hiburan

Muat Naik Video Rumah Baharu : Neelofa Nafi Ingin Menunjuk

Instagram seperti biasa adalah medium untuk artis berkongsi apa sahaja bukan? Tetapi tidak dinafikan ia juga salah satu cara untuk mereka yang sering mencari kesalahan artis memberikan komen yang agak negatif.

Advertisement

Sekali lagi nama Neelofa menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang menyifatkan beliau terlalu ingin menunjuk-nunjuk kemewahan beliau apabila baru-baru ini Neelofa ada memuat naik video rumah baharunya di Instagram.

Namun, buat Neelofa ia adalah hak peribadi beliau untuk berkongsi video berkenaan, malah ia bukanlah satu video yang agak keterlaluan.

Orang tidak tahu lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsi di media sosial. Saya berhak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosial peribadi.

Jika tidak di kongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsi tentang rumah saya itu di laman youtube Ilofayou.

Menurut Neelofa, beliau bakal berpindah ke rumah berkenaan tidak lama sahaja lagi selepas hampir setahun ia diubah suai.

Cuba pandang daripada sudut positif, jadikan apa yang Neelofa ada sebagai satu inspirasi untuk anda berjaya juga satu hari nanti.  Kan elok begitu?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...