Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video menyentuh perasaan yang memaparkan dirinya meluahkan kerinduan terhadap anak-anak sambil menyanyikan sebuah lagu penuh emosi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff turut menulis kapsyen berbunyi:
Video berkenaan pantas mendapat perhatian warganet, namun rata-rata komen yang ditinggalkan bersifat terus terang dan menggesa Aliff supaya tidak hanya meluahkan perasaan di media sosial, sebaliknya berusaha sendiri untuk bertemu anak-anaknya.
Antara komen netizen yang mencuri tumpuan:
“Lahhhh terpaling tersakiti. Ni la padahnya because of YOUR OWN actions.”
“Jumpa la anak²… anak² pun mesti rindu kat ayah kandung dia.. Semoga Tuhan permudahkan urusan kalian semua.. 🙏🙏 Apa yg berlaku sebelum ini jadilah sebagai iktibar & pengajaran.. Jadi seorang ayah yg baik utk anak² ye, Aliff.. Tahun 2026 ni cuba la sambut hari jadi anak² utk rapatkan hubungan seorang ayah dgn anak…”
Reaksi netizen jelas menunjukkan rasa simpati terhadap anak-anak, di samping mengingatkan Aliff bahawa peranan seorang bapa memerlukan usaha dan tanggungjawab yang berterusan, bukan sekadar luahan emosi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
