Percintaan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering mendapat perhatian ramai. Malah, mereka juga tidak lekang dengan kontroversi.
Beberapa hari lepas, Sharnaaz ada memuat naik video mesra beliau bersama Noor Nabila selepas berbuka puasa bersama.
https://www.instagram.com/p/BGo_8BIGcna/?taken-by=sharnaazahmad
Jelas sekali pasangan ini cukup angau antara satu sama lain dan siapa sangka Sharnaaz yang sado dan hati kental rupa-rupanya berjaya ditundukkan oleh kekasihnya. Heh..
Melihat aksi mereka berdua didalam video berkenaan, ramai peminat Sharnaaz berharap agar beliau segera menikah dengan Nabila. Ada juga yang melabelkan mereka pasangan yang sweet.
Berikut antara komen peminat di Instagram Sharnaaz :-
Emmhh, memang mesra habis mereka berdua ni. Kalau dah sayang, cinta dan mesra, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah bernikah. Bila dah halal tiada siapa lagi yang akan ambil tahu dan kritik. Ye dak?