Muat Naik Video Menangis Dan Ketakutan Amat Sangat di IG, Nabila Huda Mengaku Hanya Berlakon Dan Gimik

Hiburan

Muat Naik Video Menangis Dan Ketakutan Amat Sangat di IG, Nabila Huda Mengaku Hanya Berlakon Dan Gimik

Jika sebelum ini, pelakon Nabila Huda ada memuat naik video dirinya sedang menangis ketakutan pada awal Ogos lalu yang telah mencetuskan kebimbangan orang ramai, kali ini pelakon filem Munafik itu tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Nabila, video tersebut hanyalah gimik untuk program terbaru The Masked Singer yang bakal disiarkan di saluran Astro.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia telah ditugaskan oleh pihak produksi untuk menerbitkan satu video khas dalam usaha mempromosikan program tersebut namun tidak menyangka sama sekali yang lakonannya itu telah menimbulkan perasaan bimbang di kalangan ramai pihak.

View this post on Instagram

Chicana ?? #themaskedsingermalaysia

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

“Sebenarnya itu lakonan semata-mata..ianya merupakan sebahagian teaser untuk promo program baharu Astro. Video itu bukanlah gimik sangat pun, hanya tugasan biasa saja, konon-kononnya saya nampak kelibat mask misteri di rumah. Memandangkan saya ini pelakon yang memang beri 100 peratus komitmen, itu fasal nampak macam over pula,”

Dia yang ditemui media ketika sidang media program The Masked Singer baru-baru ini dilaporkan telah berkongsi video yang memaparkan dia seolah-olah tidak dapat mengawal perasaaan takut apabila ternampak bayangan individu yang mencurigakan dalam rumahnya.

Netizen malah ada di kalangan rakan artis yang menonton video tersebut telah meluahkan rasa bimbang namun ada juga yang beranggapan Nabila hanya berlakon dan bertujuan gimik semata-mata.

Selain daripada Nabila Huda, program The Masked Singer yang bakal ditayangkan di saluran Astro itu turut menampilkan juri tetap lain seperti Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Ella dan ramai lagi.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...