Muat Naik Video Kelepok Raya, Datuk Aliff Syukri Diperintah Bela Diri

Berita

Muat Naik Video Kelepok Raya, Datuk Aliff Syukri Diperintah Bela Diri

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang Kelepok Raya tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Advertisement

Dalam penghakimannya, beliau menegaskan bahawa video yang dimuat naik itu tidak sopan, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan yang seharusnya dihormati oleh umat Islam.

Sepanjang prosiding, Aliff Syukri diwakili oleh peguam bela Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Mohd. Radzlan Jalaludin, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Khairuddin.

Pada 13 Oktober 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya, @aliffsyukriterlajaklaris, dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

@abgterlajaklaris

Siapa suka lagu raya “kelepuk raya”?? Ni part coros tau.. Akan dikeluarkan lagi 5hari??????Cer tag member korang..

? bunyi asal – Aliffsyukriterlajaklaris – Aliffsyukriterlajaklaris

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, muzik video lagu raya berdurasi 5 minit 23 saat yang diterbitkan pada 2022 mencetuskan kontroversi kerana memaparkan aksi keterlaluan beberapa penari lelaki lembut, yang dianggap mencemari sambutan Aidilfitri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

siti nordiana nafi dah bernikah
53 mins ago

Siti Nordiana Jawab Dakwaan Sudah Bernikah - "Saya Dah Bertahun-Tahun...."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...