Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muat Naik Video Isteri Bersalin : Aliff Aziz Tidak Kisah Dikritik

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran anaknya Ayden Ardean yang pertama, baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ada memuat naik video saat isterinya sedang bersalin dan mengucapkan terima kasih kepada Bella yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Advertisement

Namun, ada sesetengah pihak mengkritik tindakannya berkongsi video berkenaan dengan umum dan turut mempersoalkan mengapa Aliff tidak pula dikecam seperti Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Aliff sedikit pun tidak terkesan dengan kritikan netizen dan berharap minda masyarakat lebih terbuka serta tidak terlalu melihat sesuatu perkara itu daripada sudut yang negatif sahaja.

Sejujurnya, saya memuat naik video tersebut kerana mahu meraikan momen indah Ayden lahir ke dunia, tidak lebih daripada itu. Jika ada yang mahu mengkritik, saya tidak kisah. Saya faham mereka mempunyai pandangan dan pendirian tersendiri.

Saya berharap agar masyarakat tidak memandang setiap perkara sebagai sesuatu yang negatif. Kita akan lebih bahagia jika kita sentiasa positif dalam segala hal.

Advertisement

Rasanya sebelum ini Aliff ada berkongsi video Bella sedang bersalin bukan? Cumanya, ia tidak mendapat perhatian ramai ketika itu. Pada pendapat kami, tidak salah untuk membuat ucapan terima kasih terhadap pengorbanan isteri melahirkan zuriat tercinta, tetapi mungkin tidak perlu sertakan video bersalin. Apa pula komen korang?

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. minah senget

    July 11, 2018 at 6:06 pm

    saja nak cari publisiti la tue…

  2. Joy Ah

    July 11, 2018 at 6:04 pm

    Beza you alif Aziz…..yg miskin dan Playboy.

  3. Milahhhh

    July 11, 2018 at 5:17 pm

    Nak heran apa…bini pun x tutup aurat pakai seksi…time x bersalin pun dah terdedah sana terdedah cni..nak heran apa benda lg…lain la bini dato alip syukri tu…org heran…org kecam…sbb dia tu bertudung…dan klu kita tgok dia menjaga aurat…tp kesian dpt laki …elok2 bini nak jaga aurat…g rakam segala benda…dgn memek2 muka meneran tu…mujur time berjimak x rakam sekali…alasan nak bg org tgok dan insaf bgaimana sukarnye berjimak tu…smp meraung-raung…

  4. BAWANG

    July 11, 2018 at 3:20 pm

    INILAH CONTOH2 SUAMI YANG TIADA KERJA LAIN. TRY HARD GILA NAK TUNJUK DIRI TU SUAMI YANG PALING BAIK DI ABAD NI. YANG I PERASAN LA LELAKI YANG JENIS TAK UP DIRI SENDIRI NI LA YANG MMG SYG BINI BETUL. YANG JENIS UP DIRI DIA LA PALING SWEET NI LA SEBENARNYA DALAM HATI ADA RUANG UTK YANG KEDUA KETIGA KEEMPAT. HUHUHU. TAK SEMUA TAPI KEBANYAKKANNYA MMG MACAM NI.

  5. bibik_cun

    July 11, 2018 at 3:07 pm

    aliff syukri masuk video bini tgh meneran.. mmg la org mrh! video die ni at least baby dh pass kt mummy je .. kann? ke aku silap.. hikhikhikk

Loading...
To Top