July 11th, 2018

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran anaknya Ayden Ardean yang pertama, baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ada memuat naik video saat isterinya sedang bersalin dan mengucapkan terima kasih kepada Bella yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Namun, ada sesetengah pihak mengkritik tindakannya berkongsi video berkenaan dengan umum dan turut mempersoalkan mengapa Aliff tidak pula dikecam seperti Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Aliff sedikit pun tidak terkesan dengan kritikan netizen dan berharap minda masyarakat lebih terbuka serta tidak terlalu melihat sesuatu perkara itu daripada sudut yang negatif sahaja.

Sejujurnya, saya memuat naik video tersebut kerana mahu meraikan momen indah Ayden lahir ke dunia, tidak lebih daripada itu. Jika ada yang mahu mengkritik, saya tidak kisah. Saya faham mereka mempunyai pandangan dan pendirian tersendiri.

Saya berharap agar masyarakat tidak memandang setiap perkara sebagai sesuatu yang negatif. Kita akan lebih bahagia jika kita sentiasa positif dalam segala hal.

Rasanya sebelum ini Aliff ada berkongsi video Bella sedang bersalin bukan? Cumanya, ia tidak mendapat perhatian ramai ketika itu. Pada pendapat kami, tidak salah untuk membuat ucapan terima kasih terhadap pengorbanan isteri melahirkan zuriat tercinta, tetapi mungkin tidak perlu sertakan video bersalin. Apa pula komen korang?

Sumber Berita : Kosmo Online


14 responses to “Muat Naik Video Isteri Bersalin : Aliff Aziz Tidak Kisah Dikritik”

  1. syarafina musa says:

    dan2 lah acah2 sweet dgn bini! karaoke ngan pompuan lain boleh pulak

  2. Jojo says:

    I bet masa tu dia dah start acah2 minah sorang lagi tu…sebab bini yang dalam pantang terpaksa cari dia kat pusat karaoke tu. Something about this guy I just don’t trust and this couple nampak sangat nak tunjuk that they are perfect couple and parents…mmm..tak tau lah – macam ada yang tak kena…

  3. Pelik says:

    Bukan masa kena tangkap pi karoke tu bini dia dlm pantang ke?

Loading...