Muat Naik Video Hitam Putih Berserta Surah Al-Fatihah, Prince Syed Shahid Meninggal Dunia?

Kehidupan

Muat Naik Video Hitam Putih Berserta Surah Al-Fatihah, Prince Syed Shahid Meninggal Dunia?

Pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid dilaporkan berada dalam keadaan membimbangkan selepas satu perkongsian misteri dimuat naik di akaun rasmi miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, sekeping gambar hitam putih memaparkan wajah Prince Syed dikongsikan bersama kapsyen “Al-Fatihah” serta kenyataan ringkas memaklumkan bahawa sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian. Perkongsian itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikut dan rakan media sosial.

Advertisement

prince syed

Sebelum ini, isteri Prince Syed, Fatin dilaporkan menerima rawatan di hospital dan dijaga oleh kakaknya, Syarifah Syah. Namun, setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan keluarga terdekat mengenai status sebenar kesihatannya.

Nama pempengaruh itu turut menjadi perhatian sebelum ini susulan dakwaan daripada ibu mentuanya berhubung komplikasi kesihatan isterinya, Fatin Syazwani. Difahamkan, Fatin didakwa mengalami komplikasi serius selepas menjalani prosedur bariatrik yang menurut pihak keluarga dilakukan bagi tujuan promosi produk.

Terdahulu, Prince Syed juga pernah berkongsi rasa lega kerana tidak lagi perlu bersiap atau bersolek tebal untuk menghasilkan kandungan selepas isu berkaitan mereka menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, keadaan sebenar masih belum disahkan dan orang ramai terus menantikan penjelasan lanjut daripada pihak keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-20 18:59:24

Chef Zam Dikecam Persoal Pekerja Kalut Nak Balik Awal Di Bulan Ramadan - "Nak Masak Katering Bisnes Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...