Muat Naik Video Bersama, Aliff Aziz & Bella Astillah Dilamun Cinta?

Hiburan

Muat Naik Video Bersama, Aliff Aziz & Bella Astillah Dilamun Cinta?

Tindakan penyanyi Aliff Aziz memuat naik  rakaman video bersama bekas isterinya, Bella Astillah dan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean mendapat perhatian netizen. Ia menggambarkan satu maksud tersirat mengenai perasaan Aliff terhadap Bella apatah lagi dengan berlatarkan lagu It’s You nyanyian Ali Gatie.

aliff aziz bella astillah

Advertisement

Rata-rata netizen ingin mengetahui adakah video tersebut dirakam ketika mereka masih bergelar suami isteri atau sebaliknya. Ramai yang tertanya-tanya status hubungan mereka.

Menjawab segala persoalan, Bella menerusi ruangan komen memberitahu yang ia sebenarnya video baharu mereka meluangkan masa bersama. Malah, Bella juga meninggalkan komen bentuk emoji ‘love’, seakan dia sedang dilamun cinta.

aliff aziz bella astillah aliff aziz bella astillah

Meskipun ada yang memberikan komen negatif, tetapi ada juga segelintir netizen mendoakan agar pasangan ini kembali bersama. Berharap agar Aliff berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Terdahulu, mereka pernah memuat naik foto mesra bersama. Bella menerusi Insta Story di Instagram, berkongsi foto dia merangkul tangan seorang lelaki dipercayai Aliff yang berada di tempat duduk pemandu. Lebih menguatkan lagi spekulasi, Aliff turut memuat naik  foto di dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...