July 18th, 2020

Sering memuat naik gambar mesra bersama kekasih hati Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, termasuk memberi bayangan bahawa dirinya telah menempah baju kahwin sebelum ini, pelakon sensasi Zarina Anjoulie menerusi Insta Story dilihat memuat naik beberapa video memperlihatkan dirinya berbusana pengantin serba putih bersama kekasih hati di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.zarina anjoulie sah bernikah Menerusi muat naik tersebut pasangan itu dilihat seakan sudah bernikah dan melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama memandangkan bapa Zarina turut kelihatan berada disana untuk mewalikan anaknya.

Namun, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada Zarina berhubung pernikahan itu. Andai benar pasangan ini telah selamat diijabkabulkan, sekalung tahniah diucapkan buat Zarina dan suami.

zarina anjoulie sah bernikah

Terdahulu, Zarina telah mengesahkan yang dirinya bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya itu. Ujarnya lagi, sebelum ini juga beliau pernah mendedahkan yang dirinya dan teman lelaki hampir menjalani kursus kahwin.

Bagaimanapun, hasrat kedua-dua mereka itu terpaksa ditangguhkan gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan baru-baru ini.

Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun perkhawinan itu disahkan berakhir pada Disember 2016


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...