Muat Naik Ucapan Romantis Buat Isteri Tercinta, Saharul Ridzwan Beri “Hint” Nak Tambah Anak Ke?

Hiburan

Muat Naik Ucapan Romantis Buat Isteri Tercinta, Saharul Ridzwan Beri “Hint” Nak Tambah Anak Ke?

Pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir bukanlah pasangan selebriti yang kata orang, terlalu mengejar populariti. Sifat mereka yang lebih “reserved” membuatkan pasangan ini sebenarnya menjadi kegemaran ramai.

Advertisement

Terbaru, Saharul menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto perkahwinannya bersama Deena dengan kapsyen ucapan penuh bait-bait romantis buat isteri tercintanya itu. Kalau sekali baca macam hendak bagi “hint” untuk menambah jumlah anak pun ada juga.

Apa kata anda baca dahulu ucapan romantis Saharul :-

Assalamualaikum sayang. Surat terbuka untuk isteri.

Terima kasih hadir dan berjumpa saya sejak jodoh kita ditulis di Luth Mahfuz.  Selama berpuluh tahun saya mencari pemilik hati saya dan ditakdirkan saya menjadi mahram awak, dan sekarang awak hadiahkan saya seorang amanah Allah, anak kita Muhammad Luth Ali,InShaaAllah buat selama lamanya.

Bantulah saya supaya keluarga kita bersama sama di syurga Allah.  Tujuan surat ini ditulis bukanlah untuk mengambil hati sayang untuk Ali bertemankan seorang adik, tetapi tulus ikhlas dari suami.

Amboi, pandai betul Saharul mengambil hati dan menunjukkan rasa cinta serta kasih sayang kepada isterinya. Kami mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan siapa tahu tidak lama lagi ada rezeki Ali dapat adik untuk jadi teman bermain? Hehe.. InshAallah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...