Muat Naik Ucapan Modal Pihak Pembangkang, PMX Beri Bayangan Apa Nak Umum Hari Ini

Berita

Muat Naik Ucapan Modal Pihak Pembangkang, PMX Beri Bayangan Apa Nak Umum Hari Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan petunjuk mengenai pengumuman penting yang bakal dibuat pada hari ini melalui sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi beliau,

Anwar menyertakan klip ucapan lama beliau yang kini menjadi bahan kritikan pihak pembangkang, disertai dengan lagu “Tunggu Sekejap”. Video tersebut menimbulkan spekulasi di kalangan rakyat Malaysia, dengan ramai yang mengaitkannya dengan kemungkinan pengumuman mengenai harga petrol.

Advertisement

Sebelumnya, pada 21 Julai, Anwar mengumumkan bahawa penghargaan luar biasa kepada rakyat dijangka diumumkan pada esok atau Rabu ini.

Beliau menyatakan bahawa sedikit masa diperlukan untuk meneliti pengumuman tersebut susulan permukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Anwar juga menekankan bahawa pengumuman itu bertujuan untuk meredakan tuntutan rakyat berhubung kos sara hidup yang semakin membebankan.

Spekulasi mengenai pengumuman tersebut semakin hangat apabila poster misteri bertulis “Akan datang… suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia” dimuat naik di laman sosial rasmi Perdana Menteri, mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Rakyat kini menantikan dengan penuh debaran apakah bentuk penghargaan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anwar ibrahim
2025-07-22 15:16:42

PM Bakal Umum Penghargaan Buat Rakyat Esok, 'Ramalan' Kerja 4 Hari Seminggu Popular Di Medsos

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...