Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya, Netizen Beri Nasihat Kepada Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya, Netizen Beri Nasihat Kepada Sharnaaz Ahmad

Desas-desus pergolakan rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Terlalu banyak ura-ura yang tidak boleh disahkan sehingga menyebabkan para netizen membuat spekulasi sendiri. Status Instagram terbaru Sharnaaz Ahmad telah mencetuskan lagi tanda tanya. Seperti yang kita ketahui, Sharnaaz secara luarannya adalah seorang lelaki penuh semangat, penuh perwatakan dan mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Malaya. Namun itu semua sudah hilang menurut empunya badan.

sharnaaz ahmad

Advertisement

Tulis Sharnaaz panjang lebar:-

Saja nak habaq , mana pi mamat dalam gambaq ni tak tau, hilang mana dah semangat dia, jiwa dia.. garang dia.. watak dan perwatakan.. walaupun menjelikkan dan menjengkelkan perangai mamat ni, tapi manis dan asam asam boi dia tetap ada.. semoga kembali wahai sahabat jiwa..

sharnaaz

Apa yang membuatkan Abang Nara terharu ialah membaca komentar para netizen yang rata-rata memberikan nasihat yang amat berguna kepada Sharnaaz. Iyerlah, jika benar rumahtangganya bersama Noor Nabila mempunyai masalah, sebagai seorang lelaki dan suami kita kenalah bertolak ansur. Apalah sangat ego kita jika nak dibandingkan dengan kasih sayang dari seorang isteri dan juga kebahagiaan anak-anak di masa hadapan. Ketepikan ego, minta maaf dan kembali bersama adalah langkah terbaik buat semua pihak.

sharnaaz ahmad
sharnaaz ahmad
sharnaaz ahmad

Usia 5 tahun perkahwinan adalah fasa mengenali antara satu sama lain. Gaduh-gaduh adalah perkara biasa. Bila bergaduh barulah kita akan mengerti pasangan dengan lebih mendalam. Apa pun semoga Sharnaaz dan Nabila akan bertemu jalan penyelesaian yang terbaik. Sama-sama kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...