Baru-baru ini pelakon Zara Zya menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik luahan perasaan menggambarkan beliau seakan patah hati. Ramai yang percaya ia berkait rapat dengan hubungan percintaannya bersama Hafreez Adam. Pelbagai spekulasi yang timbul termasuklah dakwaan mengatakan mereka sudah putus cinta.
Walaubagaimanapun, Zara enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan mengakui beliau tidak seharusnya memuat naik kenyataan sebegitu.
Saya tak sepatutnya memuat naik kenyataan terbabit. Namun masa itu hati saya tengah panas dan terlalu ikutkan perasaan. Biasalah adat orang yang bercinta ada pasang surutnya. Cuma, dalam hal ini saya mahu berkongsi apa saya rasa. Tapi bila ada yang menghantar mesej menegur dan menasihati, barulah saya tersedar.
Mungkin terlalu terbuka mengenai hubungan mereka selama ini, Zara memberitahu buat masa ini beliau dan Hafreez mahu memberi ruang antara mereka.