Muat Naik Selfie Bersama Puteri Kesayangan, Ramai Jejaka Cuba Nasib Jadi Menantu Ebit Lew

Hiburan

Muat Naik Selfie Bersama Puteri Kesayangan, Ramai Jejaka Cuba Nasib Jadi Menantu Ebit Lew

Siapa tidak kenal dengan Ebit Lew, pasti namanya sudah dikenali seluruh pelusuk masyarakat kerana perkongsiannya memberi bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Namun, jarang sekali buat pendakwah bebas ini untuk berkongsi hal peribadi serta foto-foto ahli keluarganya di media sosial.

Advertisement
Ebit LewSumber : Twitter Ustaz Ebit Lew  

Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew ada memuat naik swafoto bersama anak gadisnya, Safiyyah Lew yang kini berusia 12 tahun menerusi akaun Twitter miliknya.

Perkongsian tersebut ternyata telah mencuri perhatian ramai di mana Ebit Lew telah mengucapkan doa selamat buat anaknya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Selamat Hari Raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan. Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah. Doakan ya anakku. Ayah buat semua ini cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah..” tulis Ebit Lew dalam hantaran tersebut.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih buat isteri tersayang yang sering digelar sebagai ‘bidadari’ dalam setiap entri media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Terima kasih bidadariku melahirkan dan jaga anak-anak ini semua. I love you bidadariku.” ujar Ebit Lew.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen tampil mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada pendakwah terkemuka itu serta mendoakan agar segala usaha dan penat lelah membantu masyarakat memerlukan dipermudahkan.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ada juga yang berseloroh dengan menggelarkan Ustaz Ebit Lew sebagai ‘ayah’ menerusi ruangan komen di Twitter.

“Assalamualaikum ayah. Moga-moga sihat selalu dan sentiasa diberi kekuatan menghadapi segala ujian dari-Nya.” tulis seoran netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...