Gara-gara berkongsikan video pendek dirinya memegang alat ujian kesuburan atau ovulation test kit, pelakon dan juga usahawan laksam, Shima Anuar disangka sudah berbadan dua oleh peminat.
Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar,30, tampil menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan peminat.
Kata Shima, dia pada mulanya terhibur membaca komen yang diberi peminat namun berkata ini merupakan kali pertama dia menjalani ujian kesuburan menggunakan kit pantas itu.
Rasa kelakar pun ada. Mereka pula yang teruja bila saya kongsi kit ujian itu..sebenarnya ramai yang tak tahu fasal ovulation test ini sebab itu apabila saya post video pegang stick itu orang ingat saya mengandung.
Saya pun baru tahu dan pertama kali cuba, ovulation test ni sebenarnya untuk membantu wanita-wanita yang sedang cuba untuk hamil, kita buat ujian untuk tahu waktu yang sesuai untuk wanita mengandung..”
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Shima, pelakon wanita itu ada memuat naik video memaparkan dia menggunakan kit ujian kesuburan yang kelihatan hampirs sama seperti alat ujian kehamilan.
Meninjau ke ruangan komen, Shima dihujani ucapan tahniah apabila disangka telah berbadan dua.
Sementara itu, pelakon filem Highland Towers ini menjelaskan niat sebenar dia memuat naik video itu hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan para wanita di luar sana mengenai tips kesuburan dalam mendapatkan zuriat.
Sekadar info, Shima telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sopjia,2, dan Mikhael Imaan yang kini berusia setahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.