Written by Irsa | November 22nd, 2019

Macam-macam reaksi yang dapat dilihat kelmarin selepas kesemua keputusan UPSR diumumkan. Ada yang dapat keputusan yang cemerlang, ada yang dapat keputusan yang ‘cukup-cukup makan’ sahaja.

Kalau anda nak tahu, salah seorang anak kepada selebriti Sharifah Shahira iaitu Airra juga melalui detik yang mendebarkan itu. Ramai peminat yang turut ingin tahu bagaimana pencapaian kanak-kanak perempuan tersebut.

sharifah shahira keluarga

Tapi yang menghiburkan apabila Sharifah Shahira ‘cool’ sahaja memuat naik keputusan UPSR anaknya itu di laman Instagramnya.

Pelakon wanita itu turut sempat berseloroh dan mengatakan bahawa anaknya itu mewarisi sifat ‘slow learner’nya.

Kami pun penat nangis.. Ikut mak slow learner.. Tak paham2.. Bila cikgu cakap.

Paling kelakar apabila Sharifah Shahira turut menceritakan bahawa para pengikut di Instagram mengetahui dahulu keputusan UPSR Airra berbanding dengan suaminya, Ijoy.

Yang best korang tau dulu sebelum bapak dia tau… Hahahaha… Bapak sibuk kat padang golf.

airra zulkifli anak sharifah shahira

Rata-rata peminat yang melihat entri Instagram Sharifah Shahira ini memuji sikapnya yang bersahaja dan tak kritikal langsung dengan keputusan akademik anak-anaknya.

Rakan-rakan selebriti yang lain turut meninggalkan komen sokongan dan menyatakan bahawa Airra telah melakukan sebaik mungkin dan tak lupa untuk mengucapkan tahniah.

Sumber: Instagram

7 responses to Muat Naik Keputusan UPSR Anak, Netizen Puji Respons Bersahaja Sharifah Shahira

  1. hahaha says:

    ye ko sorang ja

  2. Anonymous says:

    Ye.kau sorang je…

  3. huhu says:

    ok jer tak de masalah pun. betul la dia ckp..sebelum orang dok tanya2..dia bg tau awal2. sebagai ibu dia tetap bangga dengan pencapaian ank dia..well done sharifah shahirah. mane tau masa depan ank dia lagi cemerlang dari kita ..

  4. unknown says:

    ak sorang ja ka yg rasa apa yg dia buat nih mcm x kena

  5. Love Hurt says:

    Tidak apa bah…yang penting dia pandai belajar, beradab…keputusan bukan juga ukuran kejayaan… tapi apapun belajar lagi untuk terus cemerlang

Tinggalkan Komen Anda Di Sini