Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muat Naik Keputusan UPSR Anak, Netizen Puji Respons Bersahaja Sharifah Shahira

sharifah shahira muat naik keputusan upsr anaknya

Macam-macam reaksi yang dapat dilihat kelmarin selepas kesemua keputusan UPSR diumumkan. Ada yang dapat keputusan yang cemerlang, ada yang dapat keputusan yang ‘cukup-cukup makan’ sahaja.

Kalau anda nak tahu, salah seorang anak kepada selebriti Sharifah Shahira iaitu Airra juga melalui detik yang mendebarkan itu. Ramai peminat yang turut ingin tahu bagaimana pencapaian kanak-kanak perempuan tersebut.

Advertisement

sharifah shahira keluarga

Tapi yang menghiburkan apabila Sharifah Shahira ‘cool’ sahaja memuat naik keputusan UPSR anaknya itu di laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

Tak salahkan kalau takde 6A tapi letak kat Ig Sbb kang ramai tanya …haaa senang Tahniah yg dapat 6A…ibu penat berdoa..nangis Kami pun penat nangis..ikut mak slow learner..tak paham2..bila cikgu cakap Tq teacher Sktamanmelawati #takdeapanakdirahsiakan Yg best korang tau dulu sebelum bapak dia tau…hahahaha…bapak sibuk kat padang gop

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Pelakon wanita itu turut sempat berseloroh dan mengatakan bahawa anaknya itu mewarisi sifat ‘slow learner’nya.

Kami pun penat nangis.. Ikut mak slow learner.. Tak paham2.. Bila cikgu cakap.

Advertisement

Paling kelakar apabila Sharifah Shahira turut menceritakan bahawa para pengikut di Instagram mengetahui dahulu keputusan UPSR Airra berbanding dengan suaminya, Ijoy.

Yang best korang tau dulu sebelum bapak dia tau… Hahahaha… Bapak sibuk kat padang golf.

airra zulkifli anak sharifah shahira

Rata-rata peminat yang melihat entri Instagram Sharifah Shahira ini memuji sikapnya yang bersahaja dan tak kritikal langsung dengan keputusan akademik anak-anaknya.

Rakan-rakan selebriti yang lain turut meninggalkan komen sokongan dan menyatakan bahawa Airra telah melakukan sebaik mungkin dan tak lupa untuk mengucapkan tahniah.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    November 23, 2019 at 6:35 am

    bagi aku ok je dia buat macam ni..jujur…daripada ada mak pak menipu result anak sbb malu result anak teruk sampai sanggup menipu…tapi skang punya masa ni mmg bebudak banyak tekanan…silap2 nanti ada plak yg depress..

  2. hewhew

    November 22, 2019 at 3:24 pm

    banyak je kawan aku yang aku jumpa masa sekolha dulu kemain kelas belakang belakang. sekarang ada yang jadi accountant, kerja O&G. yang kelas depan depan pun ada je yang jadi fulltime housewife, kerja biasa biasa. we cant define someone future.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top