Pelakon baru, Scha Elinnea, 21, baru-baru ini ada memuat naik foto seksi di ruangan instagram miliknya sehingga mencetuskan perbualan ramai. Namun, dia dikatakan telah menutup ruangan komen selepas menerima komen negatif daripada netizen selepas memuat naik foto seksi tersebut.
Mengakui rasa agak tertekan menerima komen negatif seperti itu, Scha mengatakan dia tidak mahu bersikap hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri.
Menganggap komen negatif daripada netizen itu adalah sesuatu yang normal, Scha telah mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen pada gambar tertentu untuk mengelakkan tekanan.
View this post on InstagramFinally 21, and legally able to do everything I have been doing since 15? @bombshellbeautehq
“Saya pakai apa yang saya rasa nak pakai. Komen negatif itu normal sebab itu saya tutup ruangan komen untuk gambar tertentu. Saya tidak mahu berasa tekanan kalau baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka,”
Scha atau nama sebenarnya Azleena Natasha Mubeen ditemui Harian Metro dilaporkan akan membintangi drama Juliet terbitan Zeel Production itu turut memberitahu, dia tidak mahu disebabkan penampilannya, bakat lakonan yang dimilikinya tidak dihargai oleh netizen di luar sana.
Bercakap mengenai karier, Scha yang lebih cenderung membintangi drama dengan membawa watak antagonist berkata, dia gemarkan watak sedemikian kerana ianya memberi lebih banyak cabaran kepada dirinya.
“Saya gemarkan watak sedemikian kerana ianya memberi cabaran buat saya. Saya juga bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan tenaga produksi drama bersiri Juliet kerana ia memberi banyak pengalaman yang baik,”
View this post on InstagramKamelia and Ct Tanjung • @rozitachewan1 @zeelproduction #dayangsenandung
Drama Juliet yang diarahkan oleh Datuk Ahmad Tarmimi Siregar itu bakal ditayangkan di saluran RTM pada September depan turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun dan ramai lagi.