Muat Naik Gambar Ruang Tamu ‘Minimalis, Lihat Ubahsuai Percuma Oleh Pakar Rekaan Dalaman Kepada Ruang Ini

Trending

Muat Naik Gambar Ruang Tamu ‘Minimalis, Lihat Ubahsuai Percuma Oleh Pakar Rekaan Dalaman Kepada Ruang Ini

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar ruang tamu rumah yang baru didudukinya pada 18 Mac. Secara berseloroh, dia berkata rekaan ruang tamunya itu ialah ‘minimalis yang sebenar’.

Advertisement

Bagaimanapun, Tweet oleh Karim A. Bachik itu menarik perhatian pemilik sebuah syarikat rekaan dalaman. Fabello Design memberitahu, akan menaja rekaan ruang tamu Karim mengikut konsep minimalis sebenar dengan lengkap sekiranya gambar ruang tamu Karim diulang tweet oleh Netizen sebanyak 50,000 kali.

 

Mungkin juga satu strategi pemasaran, tweet Fabello Design telah diulang tweet sebanyak 50,718 kali. Dengan itu, mereka pun memulakan kerja mengubah suai ruang tamu Karim.

 

Itulah hasil akhir  yang dimuat naik semalam, 8 April, yang begitu cantik sekali dan mendapat pujian warga Twitter.

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, beginilah tuah manusia. Apa pun rekaan Fabello Design ini sememangnya menarik. Tak gitu? – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...