Muat Naik Gambar Pam Susu Badan Sambil Berjalan, Emma Maembong Mengundang Kritikan Netizen

Hiburan

Muat Naik Gambar Pam Susu Badan Sambil Berjalan, Emma Maembong Mengundang Kritikan Netizen

Pelakon Emma Maembong nampaknya telah meraih perhatian netizen apabila dia memuat naik foto dirinya sedang mengepam susu sambil bersiar-siar di ruangan Instagram miliknya.

Emma MaembongSumber : Instagram Emma Maembong  

Dalam foto itu, Emma kelihatan gembira apabila dia dilihat sedang berjalan sambil mengepam susu badan untuk anak sulungnya.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, ramai netizen tampil memberi kritikan apabila perbuatan Emma itu dianggap seperti tidak sesuai dan memalukan.

Mungkin simpati melihatkan Emma dikritik hebat oleh warga maya, kakak kepada pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa iaitu Beby Maembong tampil mempertahankan perbuatan adiknya itu.

Menurut Beby menerusi Instagram Story miliknya, dia merasakan tindakan yang dilakukan Emma itu tidak lah salah sama sekali kerana tidak menampakkan perkara yang memalukan sebagai seorang wanita dan ibu.

“Sebagai ibu menyusu kita melakukan yang terbaik untuk bayi kita. Tapi kat komen Emma Maembong ramai yang otak udang cakap tak malu, tengah pam pun nak tunjuk. Eh yang komen tu mesti belum ada anak atau ustaz palsu yang baru nak up. Vodooo (bodoh) berguni-guni tau. Bagi saya tidak ada yang pelik dalam gambar ini. Tak ada nampak apa-apa atau tunjuk apa-apa pun. Sama ja macam normal Oufit Of The Day (OOTD). Jadi apa nak malunya?

Tambahnya lagi, dia yang merupakan ibu kepada tiga orang anak juga akan mengepam susu tidak kira di mana sahaja dia berada.

Hanya mahukan yang terbaik untuk anak, Emma kemudiannya dilihat telah menutup ruangan komen hantaran berkenaan mungkin untuk mengelakkan daripada kritikan melampau oleh netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Emma Maembong, Instagram Beby Maembong

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...