Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muat Naik Gambar Pam Susu Badan Sambil Berjalan, Emma Maembong Mengundang Kritikan Netizen

Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong nampaknya telah meraih perhatian netizen apabila dia memuat naik foto dirinya sedang mengepam susu sambil bersiar-siar di ruangan Instagram miliknya.

Emma MaembongSumber : Instagram Emma Maembong  

Dalam foto itu, Emma kelihatan gembira apabila dia dilihat sedang berjalan sambil mengepam susu badan untuk anak sulungnya.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, ramai netizen tampil memberi kritikan apabila perbuatan Emma itu dianggap seperti tidak sesuai dan memalukan.

Mungkin simpati melihatkan Emma dikritik hebat oleh warga maya, kakak kepada pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa iaitu Beby Maembong tampil mempertahankan perbuatan adiknya itu.

Menurut Beby menerusi Instagram Story miliknya, dia merasakan tindakan yang dilakukan Emma itu tidak lah salah sama sekali kerana tidak menampakkan perkara yang memalukan sebagai seorang wanita dan ibu.

Advertisement

“Sebagai ibu menyusu kita melakukan yang terbaik untuk bayi kita. Tapi kat komen Emma Maembong ramai yang otak udang cakap tak malu, tengah pam pun nak tunjuk. Eh yang komen tu mesti belum ada anak atau ustaz palsu yang baru nak up. Vodooo (bodoh) berguni-guni tau. Bagi saya tidak ada yang pelik dalam gambar ini. Tak ada nampak apa-apa atau tunjuk apa-apa pun. Sama ja macam normal Oufit Of The Day (OOTD). Jadi apa nak malunya?

Tambahnya lagi, dia yang merupakan ibu kepada tiga orang anak juga akan mengepam susu tidak kira di mana sahaja dia berada.

Hanya mahukan yang terbaik untuk anak, Emma kemudiannya dilihat telah menutup ruangan komen hantaran berkenaan mungkin untuk mengelakkan daripada kritikan melampau oleh netizen.

SUMBER : Instagram Emma Maembong, Instagram Beby Maembong
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. tecit

    February 2, 2021 at 11:47 am

    korg yg up tu xtau ape makne susu ibu utk ank2. klu nurse2 tgk confirm dorg setuju. as long as keperluan baby kte tu cukup. hosp2 dekat mesia ni kebanyakannye breastfeed (BF) friendly. lg menggalakkan ibu2 boleh pam dimana2. menyusu dimana2. yg penting covered. korg ape tau korg xde anak kot. xmenyusu badan kot. anak ko telan formula je. bukan nk kate formula xbagus tp disebab kan ko xdpt nk bg ank ko BF jgn la ko kecam org2 yg cube nk bg yg terbaik utk ank2 mereka melalui BF. Go emma! you’re doing great!

    • whatDuh

      February 5, 2021 at 3:06 am

      Jangan tak tau yg sebenarnya breast milk juga boleh mengalirkan toxin dan penyakit2 dari ibu ke anak….dan ramai juga yg minum susu ibu lembat dan sengal bila dewasa….mmg takde undang cakap tak boleh pam dimana2 tapi kita kan org melayu islam dan dulu pun bertudung…patutnya ada rasa segan pasal pam ni berbunyi…dan kawasan terbuka ni juga banyak org2 yg adakalanya pervert….fikir2 lah kalau rasa dah pandai pasal minum susu ibu….lebih baik minum susu lembu ada rasa malu

  2. anon

    February 1, 2021 at 4:16 pm

    tektek labuhh

  3. bunge

    February 1, 2021 at 1:04 pm

    Pelik2 artis ni..sendiri upload gmbr nak tarik perhatian, bila ada yg kritik mulala m’gelupur, pggl org fake la, otak udang la, bodoh la..hmmm..

Loading...
To Top