Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muat Naik Gambar Isteri Dan Anak, Pelawak Angah Disangka Beristeri Dua

Angah Raja Lawak

Pelawak dan pelakon, Angah Raja Lawak mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik foto bersama dua orang wanita sehingga disangka beristeri dua.

Namun, jelas Angah, wanita-wanita tersebut adalah isteri dan juga anaknya yang merupakan cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya yang kini sudah meningkat dewasa.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANGAH (@angah_lawaking)

Foto tersebut telah dimuat naik Angah menerusi sebuah hantaran di Instagram sempena sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Rasanya belum terlewat untuk abang, isteri dan anak-anak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Jika ada kesilapan dari abang sekeluarga, harap mohon ampun dan maaf ya..” tulis Angah di ruangan kapsyen foto tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil mengusik penyampai radio Sinar FM itu yang disangka mereka telah berkahwin dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANGAH (@angah_lawaking)

“Kalau tak ingat Angah ada anak perempuan yang dah besar mesti terfikir Angah kahwin dua.” tulis seorang pengguna media sosial.

Malah ada juga yang meminta tips kahwin dua daripada pelawak terkenal itu.

Terdahulu, Angah telah berkahwin kali kedua bersama Amira Asyura Abd Razak pada tanggal 19 Februari 2016 yang lalu setelah menduda selama 10 tahun.

View this post on Instagram

 

A post shared by ANGAH (@angah_lawaking)

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan selepas tiga tahun berkahwin.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top