Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Sweet’, Kilafairy Bercinta Dengan Rakan Sekolah?

Hiburan

Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Sweet’, Kilafairy Bercinta Dengan Rakan Sekolah?

Walaupun pernah digosipkan bersama pelakon Indonesia iaitu Hardy Hartono, namun kemudiannya Kilafairy mengakui bahawa dia lebih senang hidup solo.

Ramai juga yang tertanya-tanya siapakan jejaka yang boleh melembutkan hati wanita ini, tapi nampaknya persoalan semua orang sudah terjawab.

Advertisement

kilafairy

Meskipun tidak menyatakan hal itu dengan jelas, tapi menerusi entri yang dimuat naiknya di laman Instagram, pelakon wanita itu seakan-akan mengakui bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati.

 

View this post on Instagram

 

He still looks at me the same way he did back in high school ???

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Dalam gambar yang dimuat naik itu, kelihatan dia tersipu malu sambil ditenung oleh seorang jejaka berjambang yang dikenali sebagai Sa’aid Aiman Hazley.

Dia masih lagi memandang saya sama seperti ketika zaman sekolah dulu.

Daripada bait kapsyen itu, dapat dirumus bahawa mereka berdua sudah berkenalan sejak daripada bangku sekolah lagi.

Kalau anda perasan, Kilafairy pernah memuat naik sebuah entri sebelum ini di mana dia telah mengucapkan selamat hari lahir kepada ‘lelaki idaman’nya itu.

 

View this post on Instagram

 

Happiest birthday to the man of my dreams. Sending you ocean of love on your special day mi love ??

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Jikalau benar Kilafairy sedang dilamun cinta, kita doakan sahaja agar wanita itu terus bahagia dengan lelaki pilihannya.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...