Usahawan dan personaliti media sosial Nursajat telah memuat naik gambar tisu berserta darah di Instagram yang menimbulkan kemarahan Netizen, menyebabkan dia akhirnya memadam gambar itu.
Gambar darah itu dimuat naik dengan kapsyen, “bila datangnya darah kotor untuk bulan ini, OMG”.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Netizen beranggapan Sajat berbuat demikian untuk meyakinkan pengikutnya bahawa dia seorang wanita tulen yang mengalami datang haid setiap bulan. Bagaimanapun, nampaknya ia tidak berjaya sebaliknya ada netizen mendakwa ianya ialah darah bekam.
Untuk makluman anda, pengguna Instagram di atas bukanlah Uqasha Senrose sebenar.
Sehingga sekarang, gambar yang dimuat naik oleh Sajat masih menjadi perdebatan di Instagram walaupun dia sudah memadamnya. – beautifulnara.com