Muat Naik Gambar Bersama Shila Amzah, Peminat Johan As’ari Berbelah Bahagi

Hiburan

Muat Naik Gambar Bersama Shila Amzah, Peminat Johan As’ari Berbelah Bahagi

Johan As’ari ini pada pandangan Abang Nara seorang yang pandai mencuri tumpuan orang ramai. Tak kiralah tumpuan peminat ke, media ke, pengguna laman sosial ke, Johan As’ari ada cara untuk mendapatkan publisiti. Terbaru, nama Johan As’ari kembali disebut-sebut apabila dia berkongsi gambar dirinya bersama bekas kekasihnya, Shila Amzah di Instagram.

johan dan shila

Advertisement

Dengan caption “aku tanya apa khabar.???? @shahilaamzah #respect #keepsmiling #keepshining #always” gambar mereka berdua ini telah menyebabkan peminat-peminat mereka berbelah bahagi. Ada yang mahu melihat bekas kekasih ini kembali bersama, ada yang kata Johan As’ari umpama jilat ludah sendiri dan macam-macam lagi reaksi yang diterima.

johan dan shila

johan dan shila

johan dan shila

Kalau sekadar berkawan, Abang Nara tak nampak mana silapnya. Namun kalau ingin kembali bercinta, Abang Nara nasihatkan agar Shila Amzah fikir sedalam-dalamnya. Jangan pisang berbuah 2,3 kali. Lagi-lagi anda seorang wanita yang nilai harga diri amat tinggi. Jangan mudah menerima cinta lelaki yang pernah mengecewakan anda. Amboi!!! Power tak ayat Abang Nara? Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...